KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi November 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Dalam kenyataan hari ini, katanya harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada November 2022 berada pada RM2.20 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.90 sekilogram bagi Sabah dan RM1.95 sekilogram bagi Sarawak.
Katanya IPG getah sekerap dan lateks teraktif bagi bulan tersebut di Semenanjung adalah pada kadar 30 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 60 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
LGM berkata, di Sabah, ia berada pada kadar 60 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.20 sekilogram (100 peratus KGK) manakala IPG di Sarawak masing-masing pada 55 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.10 sekilogram (100 peratus KGK).
Menurutnya IPG lateks teraktif pula adalah pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Lembaga itu memaklumkan, pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG berdasarkan kepada pengeluaran November 2022 mulai 1 hingga 31 Dis 2022.
Mulai Januari 2019, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Sementara itu, IPG lateks akan teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif.
Kadar IPG lateks adalah tetap iaitu pada kadar 90 sen sekilogram lateks 100 peratus KGK.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi November 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM). - Bernama
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Insentif pengeluaran getah diaktifkan bagi Januari 2024
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran Januari 2024.
Tiada cadangan naikkan PHP Insentif Pengeluaran Getah buat masa ini - Siti Aminah
Kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) buat masa ini.
Insentif pengeluaran getah November 2022 diaktifkan di Semenanjung, Sabah & Sarawak
Harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada November 2022 berada pada RM2.20 sekilogram bagi Semenanjung.
PRU15: PM jamin kaji semula insentif pengeluaran getah, tingkat paras harga pasaran
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan meneliti semula paras harga pasaran getah yang ditetapkan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
Cadangan naikkan harga lantai getah sekerap akan dibincang dalam penyediaan Bajet 2023
Cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram akan dijadikan sebagai input dalam penyediaan Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Boleh toreh getah waktu tengkujuh - LGM
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia berkata hanya sekitar 5 hingga 10 peratus pekebun kecil Malaysia menggunakan alat pelindung hujan.