MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan tidak akan melayan sebarang spekulasi berhubung insiden yang membabitkan tiga pemain bola sepak baru-baru ini kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan supaya tindakan dapat diambil terhadap dalang terlibat.
"Kita sangat menolak keganasan dalam sukan dan kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan sukan lain, namun kita berharap semua orang dapat ambil iktibar dan bersikap lebih berhati-hati.
"Yang utama, kita tumpukan aspek keselamatan dalam acara sukan selain akan mempertingkatkan aspek keselamatan ini dari masa ke semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari yang turut dihadiri Exco Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Mohd Azhari Mohammad.
Mengulas lanjut Adam Adli berkata KBS amat komited mengenai isu keselamatan penggiat sukan di negara ini selain telah melancarkan Kod Sukan Selamat tahun lepas yang amat menitik beratkan aspek kebajikan dan kesejahteraan semua atlet dan usaha itu akan terus dipertingkatkan.
Terdahulu, media melaporkan tiga kejadian membabitkan tiga pemain bola sepak iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Akhyar Rashid cedera ketika disamun dalam satu kejadian di Terengganu pada 2 Mei lepas manakala pemain Selangor Faisal Halim melecur tahap empat selepas disimbah asid di Kota Damansara pada 5 Mei dan kereta bekas kapten Harimau Malaya Safiq Rahim telah dipecahkan oleh individu tidak dikenali di Sri Gelam, Johor Bahru pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Adam Adli mengulas isu berkenaan sewaktu ditemui media dalam acara menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari hari ini. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.