JOHOR BAHRU: Seorang pembantu tekong warga Indonesia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas kesalahan menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada 20 Januari lalu.
Terduduh, Hermanda, 27, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Noor Hayati Mat pada Selasa.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyeludup masuk 18 orang PATI di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi pada 20 Januari lalu.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap tertuduh, berkuasa dari tarikh tangkapan pada 20 Januari 2022.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 kerana kesalahan penyeludupan migran dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana telah bersama-sama menyeludup migran.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Johor, Azlan Bohari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, satu kejadian bot yang membawa seramai 27 orang PATI dilaporkan karam di Teluk Ramunia pada 20 Januari yang mengorbankan lapan orang mangsa dengan dua daripada mereka masih hilang.
Sejumlah 19 orang mangsa berjaya diselamatkan termasuk tertuduh yang ditangkap selepas siasatan dilakukan terhadap mangsa yang terlibat.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Jul 19 2022
Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap tertuduh, berkuasa dari tarikh tangkapan pada 20 Januari 2022. - Gambar fail/Maritim
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Suami isteri didakwa jadi pengangkut seludup PATI
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, Hutan Melintang, pada jam 5.30 pagi, 29 November lalu.
Pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah seludup PATI
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menyeludup lima pendatang tanpa izin (PATI) di Changlun, bulan lalu.
Sembilan termasuk lima pegawai penguat kuasa ditahan seludup migran
Sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam 'Op Lancar'.
Anggota polis didakwa terlibat penyeludupan 29 pendatang asing Myanmar
Seorang anggota polis berpangkat Koperal didakwa atas dua pertuduhan berhubung penyeludupan 29 pendatang asing warga Myanmar.
Sumbat 11 PATI dalam Wira, lelaki dicekup polis
Seorang lelaki yang menjadi 'transporter' ditahan selepas cubaannya menyeludup sebelas orang pendatang tanpa izin (PATI) digagalkan.
Dua pegawai imigresen ditahan bantu siasatan kes seludup PATI
Dua individu itu berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun dan bertugas di Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri.
Insiden bot karam di Teluk Ramunia, pembantu tekong dipenjara 10 tahun
Seorang pembantu tekong warga Indonesia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara atas kesalahan menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada 20 Januari lalu.
Tiga peniaga didakwa seludup PATI
Ketiga-tiga tertuduh didakwa menjalankan penyeludupan migran di Plaza Tol Hutan Kampung pada jam 9.25 pagi 26 November lalu.
Seludup PATI keluar dan masuk Malaysia, APMM Selangor tumpaskan sindiket 'Ibu Ani'
Kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1969/63.
Dua pendatang tanpa izin ditemukan terikat di pokok
Kedua-dua lelaki berumur 32 dan 33 tahun itu ditemukan anggota PGA7 semasa sedang membuat rondaan pada pukul 10.30 malam.