Insiden keretapi tergelincir di Beaufort tiada kaitan dengan gempa bumi - Bomba Sabah

Astro Awani
Jun 8, 2015 00:19 MYT
Foto keretapi tergelincir dari landasan di Beaufort yang menjadi viral di media sosial.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini mengesahkan insiden keretapi yang tergelincir dari landasan di Beaufort pada petang Ahad.
Menurut jurucakapnya, pihak mereka juga menafikan hebahan media sosial yang mengatakan insiden keretapi tergelincir itu mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan, insiden yang berlaku pada 1.30 petang itu menyebabkan dua daripada tiga gerabak kereta api berkenaan hampir rebah ke bumi dan menyebabkan lebih 50 penumpang di dalamnya bertindih sesama sendiri.
Dalam laporan yang sama, keretapi itu dikatakan tergelincir dari landasan sejauh kira-kira 50 meter sebelum berhenti ketika dalam perjalanan ke Tenom selepas berlepas dari Stesen Keretapi Beaufort, di Kampung Batu 60.
Gambar-gambar insiden keretapi tergelincir itu mula tersebar di media sosial dan orang ramai mula tertanya-tanya sama ada insiden itu disebabkan gegaran susulan yang berlaku di Ranau.
Pada 1.32 petang Ahad, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlakunya satu gegaran lemah berukuran 3.7 magnitud berlaku 13km dari barat laut Ranau.

A weak earthquake has occurred at 01:32pm on 07/06/15, 6.1N 116.6E with magnitude 3.7 and depth 10km, Sabah. 13km... http://t.co/oqmOt8jbPr

— Jabatan Meteorologi (@malaysianmet) June 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan gegaran itu, sidang media yang sepatutnya dijalankan bersama kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Liwagu, Kundasang di sini terpaksa dibatalkan.
Situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
BACA: Sidang media TPM ditangguh seketika berikutan berlaku gegaran susulan
BACA: Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihalang tinggalkan Sabah
BACA: 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau
#Beaufort #gegaran #gempa bumi #keretapi