DUA kejadian kemalangan maut dalam tempoh kurang 24 jam melibatkan kanak-kanak yang terjatuh dari bangunan tinggi adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Pada petang 16 November lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di ibu kota.

Disusuli satu lagi kejadian sama pada pagi 17 November melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Selangor.

BACA: Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium 

BACA: Lagi kanak-kanak maut jatuh bangunan, kali ini dari tingkat 16 

BACA: Polis tahan ibu saudara kanak-kanak maut terjatuh di Selayang 

Kedua-dua kemalangan tersebut bukanlah kejadian yang pertama seumpamanya berlaku di negara kita.

Bahkan ia turut membelenggu kebanyakan negara lain di seantero dunia dan apa yang pasti ia tidak akan menjadi yang terakhir jika tiada langkah segera diambil untuk menanganinya.

Ini kerana pembinaan bangunan tinggi dan bertingkat bagi kegunaan untuk kediaman adalah tidak dapat dielakkan terutamanya di bandar-bandar yang pesat membangun selain mempunyai kepadatan penggunaan tanah yang tinggi.

Menurut Laporan Dunia Mengenai Pencegahan Kecederaan Kanak-Kanak 2004 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), jatuh merupakan penyebab utama kecederaan dalam kalangan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kematian terutamanya kepada kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Lebih ramai kanak-kanak lelaki dilaporkan mati disebabkan terjatuh berbanding kanak-kanak perempuan pada nisbah 2:1 dengan 66 peratus daripadanya maut kerana terjatuh dari satu aras ketinggian termasuklah terjatuh dari tingkap dan balkoni kediaman mereka.

Di Amerika Syarikat (AS), kematian ekoran kemalangan terjatuh dari tingkap dan balkoni kediaman telah dikenal pasti sejak tahun 1969 apabila kajian pihak Jabatan Kesihatan New York mendapati sebanyak 123 kematian yang disebabkan oleh kemalangan tersebut di antara tahun 1965 dan 1969 melibatkan kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah.

Berdasarkan rekod yang membimbangkan itu, mereka telah melancarkan satu kempen dikenali sebagai "Kanak-Kanak Tidak Boleh Terbang!" (Kids Can’t Fly!) pada tahun 1972 bagi menangani insiden tersebut melalui empat pendekatan iaitu:

  1. Pelaporan jatuh oleh hospital dan polis, disusuli dengan kaunseling, rujukan, dan pengumpulan data oleh jururawat kesihatan awam;
  2. Kempen melalui media untuk memaklumkan kepada orang ramai dan meningkatkan kesedaran mereka tentang risiko dan bahaya terjatuh dari tingkap dan balkoni kediaman dalam kalangan kanak-kanak;
  3. Pendidikan pencegahan kepada masyarakat melalui program pengenalpastian hazard dari pintu ke pintu dan penglibatan organisasi sekolah, kumpulan penyewa, klinik, penyedia penjagaan kesihatan, dan sebagainya;
  4. Pemberian peralatan atau peranti keselamatan tingkap yang mudah dipasang kepada keluarga yang mempunyai anak kecil yang tinggal di kawasan berisiko tinggi secara percuma.
Hasilnya, terdapat penurunan yang ketara sebanyak 50 peratus dalam kemalangan yang melibatkan terjatuh dari tingkap dan balkoni kediaman dilaporkan dari 1973 hingga 1975, selain menyaksikan kempen ini diteruskan ke negeri dan bandar lain di serata AS sehingga ke hari ini.

Bertitik tolak dari inisiatif tersebut, pada tahun 1976 Lembaga Kesihatan Bandar New York telah meluluskan undang-undang yang mewajibkan pemilik kediaman bertingkat untuk memasang peranti keselamatan tingkap di semua unit kediaman yang turut dihuni kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Selain itu, Kod Bangunan Antarabangsa 2006 (The 2006 International Building Code) yang diterima pakai di beberapa negara turut menyarankan agar mana-mana bangunan dengan ketinggian lantai lebih daripada 1.5 meter (m) dari aras tanah dan ketinggian tingkap kurang daripada 1.1m dari lantai dipasang dengan peranti keselamatan tingkap.

Peranti keselamatan tingkap yang dimaksudkan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu :
  1. Penghadang (window guard) - jeriji dengan jarak ruang tidak lebih daripada 10cm & ketinggian tidak kurang daripada 1.1m;
  2. Pembatas (window stop) - membataskan bukaan tingkap tidak lebih daripada 10cm.
Dalam masa yang sama, pada tahun 2001 Akademi Pediatrik Amerika (American Academy of Pediatrics) turut menyarankan beberapa perkara berikut:
Berdasarkan inisiatif yang telah dilaksanakan dan saranan yang telah disenaraikan di atas sebagai model relatif dalam menangani kemalangan terjatuh dari tingkap dan balkoni kediaman, berikut adalah cadangan jangka masa pendek dan panjang dalam menangani masalah tersebut.

Cadangan jangka pendek:

Cadangan jangka panjang:

Semoga cadangan yang diutarakan mendapat perhatian sewajarnya pihak yang terlibat seterusnya merealisasikan tema Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 yang jatuh pada Sabtu lalu iaitu ‘Masa Depan Yang Lebih Baik, Untuk Setiap Kanak-Kanak’.


Ts Mohd Soffian Osman ialah Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy.

Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.