SETIU: Kehilangan anak perempuan tunggal dalam insiden tragis amat sukar untuk dihadapi apatah lagi kerenah dan keceriaannya menjadi penghibur buat seluruh ahli keluarga.
Namun hakikat itulah yang terpaksa ditelan oleh Che Mohd Humaizi Che Jemani, 38, apabila permata hatinya, Nurulhasha Humaira, 11, ditemukan lemas bersama dua lagi sepupu mangsa di muara sungai Kampung Mangkuk di sini pagi tadi.
Che Mohd Humaizi, yang reda dengan kejadian itu, berkata Nurulhasha Humaira adalah seorang anak yang sangat baik, periang dan sentiasa mengambil berat tentang tiga adiknya.
"Kami telah pergi ke muara sungai itu minggu lepas dan anak saya sangat gembira dapat berkelah serta mencari kepah. Oleh itu, dia berhasrat mahu datang lagi ke lokasi itu bersama sepupunya yang lain.
"Saya terus bincang dengan adik-beradik isteri dan mereka juga setuju untuk ke lokasi tersebut pagi semalam. Namun tak diduga, itulah kegembiraan terakhir buat kami semua," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Setiu hari ini.
Dalam insiden pada 5.30 petang semalam, enam kanak-kanak yang sedang mencari kepah bersama keluarga hilang dihanyutkan arus akibat air pasang berlaku dengan cepat dan hanya tiga daripada mereka berjaya diselamatkan manakala tiga lagi ditemukan lemas awal pagi ini.
Mayat pertama, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, ditemukan pasukan penyelamat pada 1.08 pagi pada jarak 800 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang manakala mayat kedua yang ditemukan pada 1.47 pagi ialah adik Nur Amni Insyirah, Muhammad Aryan Faheem berusia 7 tahun, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mayat pertama.
Mayat Nurulhasha Humaira pula ditemukan pada 8.15 pagi pada jarak lima meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.
Nurulhasha Humaira adalah murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit, Kuala Terengganu manakala Nur Amni Insyirah dan adiknya, Muhammad Aryan Faheem adalah murid Tahun Tiga dan Tahun Satu di SK Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
Mengimbas semula insiden itu, Che Mohd Humaizi berkata dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Nurulhuda Abd Rahman, 38, yang panik dan cemas setelah menyedari anak sulung serta dua lagi anak saudara mereka gagal diselamatkan.
"Ketika itu, saya sedang memancing bersama kawan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. Isteri serta adik-beradiknya ada memantau mereka namun kejadian berlaku terlalu cepat... walaupun sedih, kami reda dengan ujian Allah ini.
"Mereka akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu," katanya yang turut berterima kasih kepada pasukan penyelamat dan rakyat Malaysia yang memberi sokongan serta mendoakan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Dalam insiden pada 5.30 petang semalam, enam kanak-kanak yang sedang mencari kepah bersama keluarga hilang dihanyutkan arus akibat air pasang. - Foto Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Insiden tiga kanak-kanak lemas: Keluarga reda dengan pemergian mereka
Kehilangan anak perempuan tunggal dalam insiden tragis amat sukar untuk dihadapi apatah lagi kerenah dan keceriaannya menjadi penghibur buat seluruh ahli keluarga.