KLANG: Seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, daripada pertuduhan menukar barang rampasan disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 201.2 gram kepada gula batu untuk dihantar ke Jabatan Kimia pada 2019.
Majistret P. Sarulatha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Inspektor Juliana Shamsuddin, 37, di akhir kes pendakwaan.
Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan dikendalikan sejak dia dituduh kali pertama pada 12 Feb tahun lepas.
Juliana didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 201.2 gram kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis, dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuman.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu sekitar pukul 7.30 malam pada 4 Jan 2019 sehingga pukul 11.31 pagi pada 10 Jan 2019 di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dekat sini, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dengan tempoh penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sarulatha dalam penghakimannya berkata terdapat beberapa kelompongan yang tidak dapat ditutup oleh pihak pendakwaan antaranya membabitkan kawalan kunci bilik penyiasat, sehingga menimbulkan tanda tanya.
Selain itu, beliau berkata pihak pendakwaan gagal memanggil seorang saksi penting yang juga seorang anggota polis, yang disebut ketika perbicaraan berlangsung.
"Pihak pendakwaan hanya bergantung pada keterangan mengikut keadaan. Pertuduhan juga cacat apabila hanya satu daripada 15 paket plastik lut sinar sahaja diuji membuatkan kandungan 14 paket lagi menjadi tanda tanya," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Naim Rafidi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada pertuduhan menukar barang rampasan disyaki dadah jenis methamphetamine kepada gula batu. -Bernama
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Inspektor polis lepas, bebas tuduhan tukar dadah dengan gula batu
Majistret P. Sarulatha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Inspektor Juliana Shamsuddin, 37, di akhir kes pendakwaan.