GOMBAK: Jenayah indeks di daerah Gombak mencatatkan penurunan sebanyak 2,100 kes pada tahun lalu berbanding 2,500 kes pada 2019.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jenayah indeks sejak Januari hingga 23 November lalu turut mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 1,726 kes direkodkan.
"Kita berharap trend penurunan ini akan berterusan pada tahun akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini pada Isnin.
Mazlan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian polis Gombak dalam mengurangkan jenayah di daerah tersebut.
"Peningkatan populasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan secara tidak langsung memberi kesan di Gombak dari segi ketenteraman dan keselamatan awam.
“Faktor itu menyokong pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang merupakan sebahagian daripada pelan keselamatan strategik pasukan polis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di sini,” katanya.
Mazlan berkata, pasukan polis telah menaik taraf beberapa asetnya dalam aspek teknologi persenjataan dan kelengkapan logistik termasuk kenderaan baharu.
“Antara kenderaan yang diterima pasukan itu ialah 400 unit Toyota Hilux GS Cargo dan 240 unit van Go Auto Higer Ace.
"Polis Selangor menerima 35 daripada unit Toyota Hilux GS Cargo pada 26 Julai lalu, tiga daripada kenderaan itu diberikan kepada Balai Polis Rawang, Selayang dan Gombak," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 29 2021
Mazlan merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
'Inspektor Sheila' tiba di Mahkamah Selayang, dijangka berdepan tiga tuduhan
'Inspektor Sheila' yang ditemani peguamnya menyapa wartawan dan jurugambar dengan mengucapkan selamat pagi.
IPD Gombak catat penurunan jenayah indeks
Jenayah indeks sejak Januari hingga 23 November lalu turut mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 1,726 kes direkodkan.
PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbiran IPD Gombak sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.
Bedah siasat dapati tahanan mati akibat serangan jantung - Ketua Polis Selangor
Laporan bedah siasat ke atas seorang tahanan yang mati di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak pada Khamis mendapati kematiannya disebabkan arcute myocardial infarction atau serangan jantung.
Tahanan polis meninggal dunia di IPD Gombak
Suspek lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke IPD berkenaan bagi tujuan pendokumentasian.
Sindiket jual sijil cuti sakit palsu dibongkar, lima warga tempatan ditahan
Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket menjual sijil cuti sakit dipercayai palsu selepas tertangkapnya lima individu dalam serbuan berasingan di Gombak dan Sungai Buloh pada Sabtu lalu.
Baru dua bulan beroperasi, mampu raih RM30,000 sehari - sindiket judi online diberkas
Polis Gombak pada malam tadi membuat serbuan di tingkat 17, 20 dan 24 sebuah kondominium di Selayang dan memberkas 16 pengendali sindiket berusia 18 hingga 31 tahun.
Polis terima tiga laporan berhubung insiden di Batu Caves
Dua daripadanya dibuat oleh pihak Imigresen manakala satu lagi laporan dari peniaga yang berada di perkarangan kuil berkenaan.
Patah kaki ketika buat aksi 'stuntman' sewaktu operasi polis
Cubaan meloloskan diri seperti seorang 'stuntman' ketika diserbu polis membawa padah apabila suspek terbabit terjatuh dari tingkat 3 Pangsapuri Desa Aman Puri, di Kepong, awal pagi tadi.
Pusat judi berselindung di sebalik pusat hiburan dan istirehat
Hasil intipan mendapati pengusaha premis judi itu menggunakan baucer khas yang akan diberikan kepada pelanggan yang menang.