SHAH ALAM: Syarikat pengeluar suplemen kesihatan tempatan, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) kini melancarkan produk terbaharunya, i-Qids khusus bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja bagi membantu pembelajaran mereka.

Produk vitamin dalam bentuk tablet tersebut diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda (brain booster) terbaik kepada kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, i-Qids dengan rasa coklat yang lazat itu turut mengandungi pelbagai jenis makanan bernutrisi tinggi (superfood).

“Produk ini terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, moringa dan prebiotik yang sangat baik untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stress dan kerosakan.

“Kesan daripada pandemik, khususnya pembelajaran secara atas talian, serta kurangnya interaksi sosial telah mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Justeru i-Qids hadir untuk membantu merangsang serta meningkatkan sel-sel aktif dalam otak agar saling berhubung,” katanya.

Keperluan Nutrisi | i-Qids sokong proses perkembangan minda si manja

Beliau berkata demikian ketika pelancaran produk i-Qids dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie ke-13 di Glenmarie Hotel& Golf Resort dekat sini.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, syarikat akan terus menghasilkan lebih banyak rangkaian produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik selaras visi jenama dalam memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.

“Kami yakin kehadiran produk baharu ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Eskayvie Nexus merupakan platform tepat dengan peluang terbaik bagi memulakan bisnes tanpa modal yang boleh dilakukan secara online dan dari mana-mana sahaja. Ia turut memberi ruang kepada mereka di luar sana untuk keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi,” ujarnya.

Eskayvie sehingga kini berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih sehingga empat ke enam angka sebulan tanpa modal.

Syarikat tersebut turut merancang untuk memperkenalkan tiga lagi produk baharu pada tahun ini yang memfokuskan kepada rangkaian kesihatan dan kecantikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids, orang ramai boleh layari laman web www.eskayvie.com atau ke laman sosial Facebook dan Instagram dengan carian Eskayvie Malaysia.