UMNO berdepan risiko kehilangan keyakinan masyarakat seandainya masyarakat silap mentafsir pengurusan parti sedia ada sekarang.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, UMNO memerlukan pendekatan sistematik dalam memastikan parti diterima orang muda selain sokongan warga pertengahan dan berusia berkekalan.
"UMNO sebagai sebuah parti tak ada cacat celanya. Ia merupakan organisasi lama yang mempunyai trek rekod baik termasuk Melayu dan bukan melayu dan tiada siapa boleh persoalkannya.
"Persepsi masyarakat kepada UMNO tu banyak bergantung dalam pengurusannya mengendalikan parti. Ini yang mesti kita buat dalam memastikannya relevan kepada masyarakat,'' katanya dalam satu wawancara dengan Astro AWANI.
Jelas Isa, kesilapan pengurusan boleh mengakibatkan parti secara keseluruhan dipandang negatif oleh masyarakat.
"Kalau uruskan UMNO dengan baik, ia akan jadi baik tetapi kalau pengurusan silap...semua jadi silap.
"Persepsi masyarakat kepada UMNO itu banyak bergantung kepada orang yang mengendalikan UMNO. Inilah yang kita mesti buat secara lebih baik, kerana pengurusan akan dipertanggungjawab dalam pengurusan parti dan UMNO merupakan sebuah organisasi yang baik,'' jelasnya.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas pertandingan enam penjuru bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO, ini katanya;
"Ia merupakan proses biasa yang dijalankan. Kita beri peluang kepada ahli parli memilih siapa yg difikirkan sesuai menduduki jawatan tersebut, tiada apa yang luar biasa,'' ujarnya.
Turut mencabar bagi jawatan tersebut ialah penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Selain Isa, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir turut mencalonkan diri dalam perebutan jawatan berkenaan.
Isa turut menyatakan peluangnya untuk menang lebih kurang sama dengan calon yang lain.
"Saya memang antara pemimpin lama tapi saya memikirkan orang lama seperti saya juga perlu diberi peluang dalam pengurusan parti kerana kita ada pengalaman.
"Kalau kita tengok di dalam UMNO sendiri masih ada yang lama-lama di peringkat akar umbi dan penglibatan orang seperti saya akan menjadikan UMNO lebih kuat,'' katanya.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober.
Sementara, mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 03 2013
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad menegaskan, ketaatan dan kesetiaan terhadap UMNO tidak berbelah bahagi.
Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.
Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.
Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan
Pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.
28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara berkaitan kes rasuah.
Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain
Keputusan rayuan Isa Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan.Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Isa Abdul Samad berhubu
PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah
Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau menggunakan populariti ayahnya untuk meraih undi sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) ini.