KUALA LUMPUR: Jam 2.30 petang esok, rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Menjadi kelaziman, istiadat ini akan dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen terutama wakil rakyat yang membentuk kerajaan baharu ini.

Istiadat tersebut dijadual berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PM Ismail Sabri dijangka akan ditemani isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9

Majlis menandatangani dokumen tersebut akan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Saat selesai istiadat itu, Ahli Parlimen Bera itu akan secara rasmi menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan (Ke-9).

Sebagai Perdana Menteri, isu keselamatan selaku Perdana Menteri pasti menjadi antara keutamaan. Difahamkan pihak polis akan memberi taklimat keselamatan kepada beliau sama ada hari ini (Jumaat) atau esok.

BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9



Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
 
Menjadi amalan sebelum ini, Perdana Menteri yang dilantik akan pulang ke kawasan Parlimen.

Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada Ismail Sabri yang merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang akan pulang ke kawasannya di Bera. 

Namun, disebalik apa yang akan berlaku di Istana Negara, tumpuan di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC) akan turut menjadi tumpuan.

BACA: Ismail Sabri PM ke-9: Ketepi agenda politik, bersatu hati tangani pandemik COVID-19 - Agong

Dijangkakan beberapa pemimpin utama UMNO akan berada ibu pejabat parti itu, selain satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dijadual pada jam 8 malam pada Sabtu.

Setelah teka-teki siapa yang bakal menduduki kerusi utama pentadbiran negara terjawab, kini percaturan kedudukan 'Kabinet Perang Pandemik COVID-19' Ismail Sabri menjadi percaturan baharu.


[INFOGRAFIK] Profil Datuk Seri Ismail Sabri