JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo.
Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini kira-kira 10.10 pagi, diiringi Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketibaan beliau disambut Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Nadiem Anwar Makarim dan Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah yang tiba lebih awal.
Turut hadir Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq dan Pengarah Kementerian Luar Indonesia untuk Protokol, Irvan Bukhari.
Perdana Menteri dan delegasi Malaysia akan menginap di sebuah hotel di Jakarta.
Ini adalah lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.
Antara atur cara lawatan Perdana Menteri termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan komuniti perniagaan Indonesia, Ketua-ketua Pengarang (Editor) media Indonesia dan diaspora Malaysia.
Perdana menteri juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara dan melawat kemudahan industri pertahanan di Bandung.
Lawatan itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma dalam lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia pada Selasa.- Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.