KUANTAN: Kenderaan membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada jam 1.38 tengah hari selepas lebih dua jam berada di istana.

Perdana Menteri sekali lagi melambaikan tangan kepada media yang menunggu sejak dari pagi namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan beliau.

Difahamkan, beliau hadir ke istana tersebut bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan barisan Kabinet.

Difahamkan selepas selesai sesi pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, Ismail Sabri akan mengumumkan barisan Kabinet dalam masa terdekat.

Berdasarkan kenyataannya sebelum ini, beliau memaklumkan senarai tersebut akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Siapa bakal menduduki 'kerusi panas' TPM?


Pembentukan Kabinet: PM menghadap YDP Agong