KAJANG: Gara-gara memuat naik satu hantaran yang mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit, seorang wanita dibelasah suspek sehingga mati, sehari sebelum sambutan Aidilfitri, di kediaman mereka di Batu 9, Cheras.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri kira-kira jam 9.16 pagi itu, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang yang memaklumkan seorang wanita berusia 28 tahun dibawa suaminya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Menurut beliau, pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa dan pegawai perubatan yang juga pengadu mendapati kematian wanita tersebut mencurigakan.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan kira-kira dua jam kemudian mendapati punca kematian disebabkan kecederaan abdomen yang disebabkan senjata tumpul.
"Kita percaya mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Justeru, Mohd Zaid memberitahu, polis menahan suami mangsa yang berusia 38 tahun pada hari yang sama untuk membantu siasatan.
"Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati suspek berang dengan tindakan mangsa yang memuat naik satu hantaran di media sosial yang mengatakan lelaki itu mempunyai hubungan sulit," tambahnya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jika disabit dengan kesalahan suspek boleh dihukum gantung sampai mati.
Mohd Zaid menambah, mekanik itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, di sini pada Isnin depan.
Umavathi Ramayah
Fri May 06 2022
Gara-gara memuat naik satu hantaran yang mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit, seorang wanita dibelasah suaminya sehingga mati. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Isteri maut dibelasah suami sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri
Gara-gara memuat naik satu hantaran yang mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit, seorang wanita dibelasah suaminya sehingga mati.