KUALA LUMPUR: Toh Puan Mahani Idris, isteri kepada bekas Menteri Kewangan dan tokoh korporat negara Tun Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia pada Ahad malam.

Bagaimanapun, punca beliau meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti.

"Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Toh Puan Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa," menurut sumber rapat dengan keluarga Allahyarham.

Astro AWANI difahamkan Allahyarham pernah menghidap penyakit Alzheimer.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Taman Melawati selepas solat Zohor.

Difahamkan jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 2 petang ini.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak.