Kesedihan serta kepiluan keluarga mangsa dan rakyat Malaysia yang berkabung dalam istiadat menghormati jenazah mangsa MH17 semalam berjaya menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata istiadat itu amat signifikan kepada semua lapisan rakyat Malaysia yang merapatkan barisan walaupun ditimpa dugaan dan rintangan.
"Kita perlu ambil iktibar, di sebalik tragedi yang menyayat hati itu, ukhwah antara kita terjalin, terpulang kepada kita untuk melihat hikmah tersembunyi di sebalik kejadian yang berlaku ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menyerikan majlis itu. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata beliau menumpukan kepada usaha untuk menyelesaikan insiden MH17 dan MH370 bagi memastikan ia mendapat pembelaan sewajarnya tanpa perlu bersuara lantang tentang usaha-usaha yang dibuat.
"Walaupun tidak tidur malam dan lakukan perkara yang sukar diberitahu kepada umum, tetapi saya berusaha segigih mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.
"Tidak perlu lantang dalam buat kenyataan tetapi nampak keberhasilan, biar tidak lantang tetapi hasil lebih bermakna," kata perdana menteri.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata ketegasan Malaysia berpegang pada prinsip kebenaran menjadikan negara kini lebih dihormati bukan sahaja kuasa-kuasa besar tetapi juga puak pemisah di negara-negara bergolak sehingga mampu menangani insiden MH17 baru-baru ini.
Katanya atas pegangan itu jugalah beliau berjaya berunding dengan pemimpin puak pemisah Ukraine Alexander Borodai sehingga mampu membawa keluar mayat mangsa nahas pesawat berkenaan dan mendapatkan kotak hitam pesawat.
"Secara peribadi tragedi ini membawa erti dan dekat di hati saya kerana saya telah lakukan rundingan dengan puak pemisah... satu perkara yang tidak mengikut konvensyen dunia.
"Alhamdulillah usaha tersebut berjaya dan kita berjaya membawa keluar mayat mangsa dan dua kotak hitam juga diserahkan kepada pasukan Malaysia.
"Mereka tidak mahu menyerahkannya kepada negara lain kecuali kepada negara kita sahaja," kata Najib.
Beliau berkata dalam dunia tanpa sempadan pada masa kini Malaysia perlu bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang walaupun sesuatu isu itu kadangkala tidak ada kena mengena dengan negara ini.
"Contohnya kita bawa penumpang dan lalui kawasan konflik, walaupun tida ada kena mengena tetapi kita boleh jadi mangsa.
"Begitu juga di mereka yang juga pergi ke Tanah Suci, juga boleh terdedah dengan penyakit dari negara lain seperti MERS-COV dan Ebola jika tidak berhati-hati," katanya.
Bernama
Sat Aug 23 2014
Perdana Menteri berkata istiadat itu amat signifikan kepada semua lapisan rakyat Malaysia yang merapatkan barisan walaupun ditimpa dugaan dan rintangan - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.