KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil empat ahli Parlimen pembangkang untuk dirakam percakapan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis. 

BACA: Himpunan aman: Guna peruntukan undang-undang untuk adili Azam Baki - Hamzah

BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki

Fahmi dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Datuk Maria Chin dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 9.30 pagi esok (28 Januari) susulan penerimaan memorandum melibatkan saham Azam Baki.

Manakala, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dipanggil ke lokasi dan isu sama pada jam 12.30 tengah hari Sabtu.

Selain itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok juga dipanggil ke IPD Brickfields bagi isu melibatkan Perhimpunan #TangkapAzamBaki pada jam 3 petang esok. 

BACA: Alhamdulillah, syukur" - Reaksi Azam Baki susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti

BACA: Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan, ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran; ADUN Ketari, Young Syefura Othman; ADUN Kg  Tunku, Lim Yi Wei serta lebih 30 aktivis politik lain turut dipanggil bersama Teresa Kok ke IPD Brickfields jam 3 petang Jumaat berkenaan himpunan #TangkapAzamBaki.