KUALA LUMPUR: Isu keabsahan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat menjadi tumpuan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok (Khamis) hingga 22 Ogos depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, ia susulan ketegangan politik antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO di peringkat Pusat.
Jelas Osman, meskipun UMNO sudah mengumumkan menarik sokongan, namun kerajaan negeri Johor di bawah PN yang diterajui Hasni daripada UMNO dilihat masih kukuh.
Katanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang mempunyai 12 ADUN diketuai Pengerusi Bersatu Johor, Muhyiddin yang juga ADUN Gambir mempunyai strategi tersendiri.
Bagaimanapun Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor enggan mendedahkan strategi terbabit sebaliknya berkata, segala perancangan yang dibuat bergantung kepada Muhyiddin.
"Itu kita tak boleh bincangkan secara terbuka, sebab kita (Bersatu Johor) ada strategi. Tunggu dan lihat.
"Apa yang hendak dibuat Bersatu Johor mestilah dapat restu pucuk pimpinan. Kita ada keputusan tetapi tidak boleh keluarkan kenyataan dahulu," katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Rabu.
Dalam pada itu, Osman berkata, Hasni seharusnya menyatakan pendiriannya dalam soal politik berhubung sokonganya terhadap kerajaan PN di bawah pimpinan Muhyiddin di luar sidang DUN.
"Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Johor perlu nyatakan sokongannya sama ada menyokong Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi atau Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri terlebih dahulu, bukannya serah kepada sidang DUN untuk tentukan keabsahannya.
"Pada pandangan saya, sokongan terbabit perlu dinyatakan di luar sebagaimana dilakukan Ahmad Zahid dan kemudiannya baharulah di bawa berbincang di sidang DUN," katanya kepada Sinar Harian.
Pada 6 Ogos lalu, Hasni yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, berkata keabsahannya sebagai Menteri Besar boleh dibangkitkan dan dibincangkan di sidang DUN kelak.
ADUN Benut itu dilaporkan berkata, persidangan DUN merupakan platform yang sesuai untuk menentukan keabsahan kerajaan negeri termasuk kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri.
Pendirian parti sama ada menyokong Perdana Menteri juga akan dibuat pada sidang itu nanti.
Dalam pada itu, Osman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam berharap sidang DUN Johor akan menjadi medan perbincangan kepada semua ADUN berhubung isu menangani COVID-19 dan meningkatkan ekonomi negeri.
Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya iaitu UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (2), Pas (1) manakala Parti Amanah Negara (9) serta PKR (4).
Kerajaan Johor di bawah pimpinan Hasni yang mendapat sokongan dari UMNO, Bersatu, MIC dan Pas memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang disertai DAP, Amanah dan PKR.
Pada 23 Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenankan supaya DUN Johor bersidang pada 12 Ogos ini (esok).
Baginda juga dilaporkan berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.
Astro Awani
Wed Aug 11 2021
Osman berkata, segala perancangan dan strategi yang dibuat bergantung kepada Muhyiddin. - Gambar fail/ BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Banjir dominasi perbahasan DUN Johor
Bencana banjir yang melanda Johor sejak 28 Feb lepas menjadi topik utama mendominasi hampir kesemua perbahasan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.
17 projek perumahan sakit, tujuh terbengkalai di Johor - Exco
Sebanyak 17 projek perumahan sakit dan tujuh projek perumahan terbengkalai di bawah kerajaan Persekutuan dikenal pasti di Johor setakat ini.
Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor
Katanya, serangan tersebut dilakukan pembangkang untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan negeri.
Sultan Johor perkenan Dewan Negeri Johor bersidang bermula 12 Ogos
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar persidangan Dewan Negeri Johor mula bersidang pada 12 Ogos.