Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin dapat dihentikan jika Amerika Syarikat menghentikan sokongan mereka terhadap Israel.
Beliau berkata keadaan itu juga menyebabkan penduduk Palestin menderita lebih 60 tahun.
"Isu Palestin hanya boleh diselesaikan jika Amerika Syarikat berhenti memberi sokongan kepada Israel.
"Selagi Britain dan Amerika Syarikat tidak berhenti (memberi sokongan) ia tidak akan selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno/Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Mengulas mengenai kedinginan negara Arab lain untuk menyelesaikan kemelut antara Israel dan Palestin, Dr Mahathir berkata negara-negara Arab ini menganggap pejuang Hamas berbaik-baik dengan Ikhwanul Muslimin.
"Mereka (negara Arab) bermusuh dengan Ikhwanul Muslimin, jadi mereka tidak akan menolong dan berpendapat perkara tersebut akan menimbulkan masalah," katanya.
Beliau juga membidas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak mampu menyelesaikan kemelut antara Palestin dan Israel.
Sementara itu mengenai sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia kepada Gaza, beliau berkata: "Saya berbangga semua rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama membantu rakyat Palestin di Gaza kerana di sana berlaku penindasan dan ketidakadilan yang luar biasa".
Dalam perkembangan lain, beliau menganggap Kumpulan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) merupakan gerakan yang memecahbelahkan umat Islam dan tindakan mereka menembak orang Islam di Iraq tanpa belas kasihan amat menyedihkan.
"Ini bukan cara orang Islam yang dibenarkan, Sesiapa yang campur ISIL mereka silap jalan dan tidak faham ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Bernama
Wed Aug 13 2014
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.