Isu kesejahteraan, hak kanak-kanak antara dibincangkan dalam pertemuan UNICEF, menteri

Astro Awani
Januari 31, 2023 11:18 MYT
Robert Gass (kiri) menyampaikan surat tauliah pelantikan sebagai wakil UNICEF yang baharu di Malaysia kepada Zambry Abd Kadir. - Foto Wisma Putra
PUTRAJAYA: Isu kesejahteraan dan hak kanak-kanak adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang baharu di Malaysia, Robert Gass dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, pada Selasa.
Selain itu, Wisma Putra memberitahu, isu kepentingan pelaburan kepada pembangunan kanak-kanak dan tumpuan ke arah strategik melangkah ke hadapan kanak-kanak juga dibincangkan dalam pertemuan itu.
"Semasa kunjungan tersebut, wakil UNICEF turut menyampaikan surat tauliah kepada Zambry di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar," kata kenyataan itu di sini, pada Selasa.
Turut hadir pegawai kanan dari Kementerian Luar dan UNICEF.
#Kementerian Luar #Kanak-kanak #UNICEF #kesejahteraan kanak-kanak