KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) akan menganjurkan satu sesi dialog bertajuk 'Breaking the Silence' esok yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak, bersempena pelancaran laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia ('State of the World's Children' (SOWC)) 2021.
Semasa sesi dialog secara maya itu, tiga ahli panel iaitu Wakil Unicef ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam Dr Rashed Mustafa Sarwar, pejuang kesihatan mental belia S. Vaismita dan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA) Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin, akan berkongsi pandangan mereka mengenai isu kesihatan mental.
Dialog itu juga akan membincangkan keperluan untuk memperkukuhkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di sekolah dan dalam masyarakat bagi mengelakkan kejadian cubaan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Selain itu, sesi itu turut menyentuh mengenai laporan global Unicef yang memfokuskan kepada kesihatan mental kanak-kanak, remaja dan penjaga.
Laporan SOWC 2021 baru-baru ini menyarankan kerajaan serta rakan sektor awam dan swasta agar memberi komitmen, berkomunikasi dan bertindak untuk mempromosikan kesihatan mental buat semua kanak-kanak, remaja dan penjaga, melindungi mereka yang memerlukan bantuan dan menjaga golongan kanak-kanak yang paling mudah terjejas.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dijangka menyampaikan ucaptama pada sesi dialog itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Wakil Unicef ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam Dr Rashed Mustafa Sarwar. - Foto UNICEF
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Ketua UNICEF ‘amat bimbang’ terhadap situasi kemanusiaan di Lubnan yang semakin merosot
Bilangan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan itu meningkat kepada lebih satu juta, termasuk lebih 300,000 kanak-kanak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak
Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Ted Chaiban hari ini menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
UNICEF sedia sokong kerajaan, lindungi kanak-kanak terabai
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bersedia menyokong kerajaan dalam usaha melindungi kanak-kanak yang terabai daripada jagaan ibu bapa.