SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang kini hangat diperkatakan susulan isu pemerolehan kapal tempur pesisir (LCS) sebenarnya berjaya menyelamatkan 'projek sakit' semasa zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pendedahan terbaharunya, bekas Perdana Menteri keenam itu menyatakan kerajaan melalui syarikat Boustead milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terpaksa bailout (menyelamatkan) projek pembinaan 27 buah kapal peronda generasi baharu (NGPV) dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.
"Pada tahun 1991, Limbungan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dikorporatkan oleh kerajaan PM4 (Dr Mahathir).
"Lalu ia dijual pada tahun 1995 kepada syarikat swasta, Penang Shipbuilding & Construction Corporation (PSC) untuk menjadi syarikat PSC-Naval Dockyard.
"Pada tahun 1998, kerajaan memberi kontrak pembinaan untuk 27 buah NGPV dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.
"Fasa pertama melibatkan pembinaan enam kapal pertama dengan kos RM6 bilion. Namun, kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelas Najib, disebabkan itu, kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT terpaksa bailout projek itu dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.
Syarikat itu kemudiannya dijenamakan semula menjadi syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd.
"Biarpun BNS terbeban dengan cabaran hutang dan masalah legasi PSC-Naval Dockyard, ia berjaya menyelamatkan projek tersebut dan menyerahkan enam kapal NGPV antara tahun 2006 hingga 2010.
"Masa itu, TLDM dan kerajaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan pembinaan baki 21 buah kapal NGPV yang bernilai sekitar RM24 bilion dan memilih untuk menggantikan projek ini dengan projek LCS yang menjadi kontroversi besar hari ini.
"Sebab itu, letter of award diberi pada tahun 2011 untuk membenarkan BNS mula berunding dengan TLDM dan vendor untuk memajukan projek LCS dan untuk terus membina kebolehan serta kepakaran dalam industri pertahanan negara," jelasnya.
Tambah Najib, kontrak akhir untuk membina enam buah kapal LCS yang jauh lebih besar dan canggih berbanding NGPV hanya ditandatangani pada Julai 2014, dimana pembinaan fizikal kapal LCS hanya bermula pada Januari 2015.
Katanya, BNS memang akan mencatat keuntungan sekiranya diberi kontrak pembinaan enam buah kapal LCS.
"Seperti didedahkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan CEO LTAT (Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman), syarikat BNS telah menggunakan RM400 juta daripada bayaran pendahuluan bagi projek LCS untuk menjelaskan hutang lapuk bagi projek NGPV," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 11 2022
BNS sebenarnya berjaya menyelamatkan 'projek sakit' semasa zaman Tun Mahathir, kata Najib. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut
Kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Kenaikan kos RM2.068 bilion LCS ambil kira penjimatan RM450 juta secara keseluruhan - PAC
Bahagian Audit Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai kos tambahan tersebut.
Isu LCS: Mindef nafi tak libat AGC, tiada kemajuan pembinaan
Kementerian Pertahanan menegaskan AGC sentiasa dilibatkan dalam memuktamadkan perjanjian tambahan keenam (SA6) berkenaan pembinaan LCS.
Lanjut lagi, PAC dedah 5 kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029
Tempoh masa bagi pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan kesemua lima kapal berkenaan akan diperoleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2029.
Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.
Kemajuan projek LCS: MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC - Adly
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).