Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar diibarat ahli politik biskut di Kedah kerana kenyataannya yang mempertikai tugas serta kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Mahfuz sengaja mencari publisiti murahan sekali gus menampakkannya sedang terperangkap dengan identiti dirinya sendiri.
"Mempersoalkan kewajaran mesyuarat exco di Hospital Pulau Pinang juga menampakkan dirinya yang kian tidak keruan dalam mencampuri urusan dalam parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah.
"Pertikaiannya berhubung proses pemulihan yang sedang dijalani Ahmad Bashah selepas pembedahan kecil kesan komplikasi usus menampakkan sifat tidak matangnya seolah-olah seseorang manusia itu tidak boleh jatuh sakit.
"Pada saya Mahfuz yang sebenarnya sedang sakit kerana dalam keadaan Ahmad Bashah menjalani rawatan pemantauan pemulihan, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Shaiful mengulas kenyataan Mahfuz yang menyifatkan rakyat Kedah perlukan menteri besar mereka menjalankan kerja dari Wisma Darulaman dan bukan dari Hospital Pulau Pinang.
Mahfuz berkata demikian sebagai merujuk kepada tindakan Ahmad Bashah yang mempengerusikan mesyuarat exco di Hospital Pulau Pinang kerana sedang menerima rawatan.
Tegas Shaiful, pelbagai perancangan untuk rakyat tetap diadakan dan lancar walaupun Ahmad Bashah sendiri berada di hospital. Dia mengambil contoh program Barakah Ihya Ramadan yang dijalankan di 15 kawasan Parlimen dengan 12,000 golongan sasar menerima bantuan dengan peruntukan sejumlah RM2.4 juta bermula 11 hingga 20 Jun lalu adalah inisiatif Ahmad Bashah dan dirancang sebelumnya demi menjayakan agenda berkebajikan yang menjadi keutamaan kepimpinannya.
"Malah penegasan demi penegasan secara rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri secara nyata menzahirkan pentadbiran negeri langsung tidak terjejas kerana sebarang keputusan penting Ahmad Bashah boleh dirujuk secara langsung.
"Inilah dinamik pentadbiran kerajaan negeri kerana amalan pasukan muafakat yan diterapkan. Kegelojohan Mahfuz yang dilihat cuba mencampuri urusan dalaman BN dengan menggesa dilantik pemangku menteri besar juga tidak kena pada tempatnya," jelasnya.
Katanya lagi, kuasa melantik pemangku atau menteri besar sendiri adalah hak mutlak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah menyembah maklum untuk mendapatkan pekenan Sultan.
"Justeru, dengan 'lampu hijau' yang terus diberikan Najib kepada Ahmad Bashah untuk terus mengemudi negeri maka persoalan ini sama sekali tidak timbul.
"Malah berdasarkan pekeliling pentadbiran dan undang-undang tubuh negeri, kewajaran mencari pemangku hanya boleh dibuat selepas seseorang menteri besar yang bercuti secara berterusan selama 28 hari dan gagal menjalankan tugasnya.
"Dalam hal ini Ahmad Bashah baru melalui fasa cuti rehat dan sakitnya selama 18 hari dan sudah memulakan tugasnya pada hari ke 19. Jika Ahmad Bashah mahu menyambung cutinya ia akan dikira baru bermula sebagai hari pertama selepas mesyuarat exco baru-baru ini," ujarnya.
Malah kata Shaiful, semasa Ahmad Bashah mendapatkan rawatan selama 18 hari, banyak dokumen penting, arahan pentadbiran yang diberikan dari masa ke masa.
"Maknanya urusan pentadbiran yang dikatakan tergendala langsung tidak timbul. Malah dalam konteks mesyuarat exco yang diadakan baru-baru ini dua keputusan penting telah diambil, bonus hari raya untuk kakitangan dan pesara awam selain penguatkuatkuasaan peranan Jawatankuasa Pelaksana Amanat 100 hari.
"Ironinya 27 agenda yang diasaskan Ahmad Bashah semasa amanat 100 harinya merangkumi enam komponen penting yang merubah wajah dan lanskap kedah dalam pelbagai bidang sedang diisi dan mulai Julai sehingga bulan berikutnya semua program dimaksudkan dapat dirasai secara menyeluruh oleh golongan sasar," jelasnya.
Shaiful turut meminta Mahfuz bermuhasabah diri dan tidak mengecewakan 97,000 pengundi di kawasannya sendiri.
"Apatah lagi setelah dia kini terperangkap antara keinginan menyertai PAN atau terus kekal dalam PAS. Pada saya kekeliruan Mahfuz berhubung jati dirinya menjadi punca dia kian dilihat merapu dalam mengeluarkan kenyataan yg bersifat semberono.
"Hakikatnya, tindakan Mahfuz ini memperlihatkan dengan jelas identiti 'politik biskut' yang secara jelas mahu meletakkan diri beliau kembali di pentas politik Kedah setelah sekian lama tenggelam.
"Siapa sangka dia adalah satu-satunya pemimpin politik pembangkang yang sanggup menunggang di atas kekecewaan bekas Menteri Besar Kedah sewaktu krisis peralihan kuasa dahulu sedangkan pemimpin pembangkang lain bertindak menjarakkan diri mereka," tegasnya.
Shaiful turut percaya, Mahfuz dan sikap politik biskutnya kekal tidak relevan kerana tindak-tanduknya yang akan terus bersuara atas isu remeh demi publisiti murahan semata-mata.
Wan Syamsul Amly
Fri Jun 24 2016
SHAIFUL HAZIZY: Isu MB: Mahfuz macam ahli politik biskut di Kedah' - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.