KUALA LUMPUR: Isu mutu pengadilan melibatkan pegawai perlawanan tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) perlu diambil perhatian, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata masih kedengaran keluhan penonton dan pasukan yang tidak begitu gembira dengan prestasi pengadil, ketika segelintir pegawai perlawanan tempatan bertaraf antarabangsa selain pelbagai kursus dan latihan yang telah disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kepada mereka.
Beliau berpendapat perlunya FAM menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut bagi merungkai punca utama kepada permasalahan itu.
"Apakah ia berlaku akibat daripada faktor di luar daripada kebolehan pengadil itu sendiri, apakah ada unsur penyelewengan, rasuah atau apa sahaja.
"Saya tidak kata benda (penyelewengan dan rasuah) itu ada, tetapi perlu kita lihat sampai ke tahap tersebut.
"Kalau para penonton secara majoritinya tidak bersetuju (isu mutu pengadilan), saya pasti tentunya ada sesuatu yang tidak betul dekat situ, jadi kita kena ambil perhatian," katanya kepada Bernama selepas sesi Program Bual Bicara Bersama Menteri Belia dan Sukan yang disiarkan Bernama TV di sini semalam.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata tidak adil untuk menyimpulkan mutu pengadilan di peringkat domestik secara keseluruhannya berada pada tahap yang lemah, jika ia hanya melibatkan sebilangan kecil perlawanan.
Mutu pengadilan terus menjadi perhatian dalam saingan Liga-M musim ini, dengan beberapa insiden kekasaran dalam kalangan pemain, malah turut berlaku ke atas pegawai perlawanan, sehingga menyaksikan FAM menjatuhkan hukuman kepada individu-individu yang didapati bersalah.
Biarpun begitu, isu tersebut sekali lagi menjadi 'buah mulut' selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, yang berkesudahan 1-1, Isnin lepas.
Ia susulan beberapa insiden kekasaran yang berlaku pada aksi tersebut yang dianggap tidak ditangani dengan baik, dengan situasi itu turut mendapat perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat pengadil bertugas tidak menunjukkan mutu pengadilan yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Ahmad Faizal berkata tidak adil untuk menyimpulkan mutu pengadilan di peringkat domestik secara keseluruhannya berada pada tahap yang lemah, jika ia hanya melibatkan sebilangan kecil perlawanan. -Gambar fail/BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
PRK Kuala Kubu Bharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.