KUALA LUMPUR: Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mempersoal tindakan kerajaan Malaysia yang tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani kedua-dua negara berkenaan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) pada April lalu.
Menurut beliau, dalam MoU itu secara jelas menyatakan pengambilan pekerja Indonesia perlu dilakukan menerusi sistem satu saluran yang diputuskan oleh kedua-dua negara.
Hermono berkata, menerusi sistem itu, pihak Indonesia akan mendapat maklumat terperinci sekali gus menangani isu-isu yang sebelum ini dilihat telah menindas PDI.
"Apabila digunakan sistem (yang dibangunkan) Malaysia, ini sangat membahayakan pekerja-pekerja Indonesia dan sangat merugikan pekerja-pekerja Indonesia.
"Kita (Indonesia) juga tidak mengetahui siapa majikan mereka, kita tidak mengetahui apakah mereka memiliki kontrak pekerjaan, jika pun memiliki kontrak pekerjaan, adakah ia selari dengan apa yang disepakati dalam MoU?
"Jadi di sini isunya adalah apabila pengambilan pekerja domestik dari Indonesia mengguna sistem kini, ia sangat berisiko bagi pekerja Indonesia dan kita pun tidak tahu siapa majikan mereka, di mana mereka bekerja, bagaimana mereka digaji, bagaimana mereka diperlakukan, kita tidak tahu.
"Jadi ini sangat merugikan kepentingan Indonesia dalam hal ini, iaitu kepentingan untuk memberi perlindungan.
"Sebelum ini kita dapati banyak kes di mana PDI ada yang tak dibayar bertahun-tahun, ada yang sampai 17 tahun tidak dibayar, selain ada yang diperlakukan secara tidak manusiawi.
"Jadi, Indonesia ingin isu-isu ini diselesaikan dengan semangat yang baik antara kedua negara," katanya dalam temu bual menerusi program Niaga AWANI pada Khamis.
Mengulas lanjut, Hermono berkata, keputusan membekukan kemasukan pekerja itu bukanlah sesuatu yang mudah kepada Indonesia.
Ini kerana, beliau ingin hubungan antara Indonesia dan Malaysia berdasarkan pada prinsip saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain lantaran kedua negara memiliki kepentingan yang sangat besar dalam isu ini.
"Pemerintah Indonesia dengan sangat terpaksa menghentikan sementara waktu menghantar seluruh pekerja Indonesia ke Malaysia melibatkan seluruh sektor, tidak hanya pekerja domestik sahaja.
"Indonesia terpaksa mengambil keputusan ini kerana kami mendapati Malaysia tidak menghormati MoU yang ditandatangani di Jakarta, di hadapan kedua pemimpin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Joko Widodo.
"Sebetulnya, isu ini mudah sahaja. Kami (Indonesia) bertanya, mengapa pihak Malaysia tidak menghormati MoU yang sudah disepakati dan ditadatangani di hadapan kedua pemimpin.
"Jadi kami sangat kecewa dan berharap hubungan Malaysia-Indonesia ini dibangun berdasarkan saling menghormati, saling percaya dan saling menguntungkan kedua belah pihak," ujarnya.
Justeru pihaknya meminta Malaysia menghormati MoU yang ditandatangani, demi memastikan isu-isu berkaitan PDI dapat ditangani secara holistik oleh kedua-dua pihak.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 14 2022
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mempersoal tindakan kerajaan Malaysia yang tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani kedua-dua negara berkenaan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) pada April lalu. - Gambar KBRI Kuala Lumpur
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing bagi program rekalibrasi kekal- Saifuddin
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Mapa bimbang perubahan dasar pemeriksaan perubatan pekerja asing
Majikan dalam pertubuhan perladangan bukan sahaja kecewa tetapi juga kesal dengan perubahan berkaitan keperluan baharu itu, daripada pemeriksaan perubatan tiga tahun kepada tahunan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin
Keputusan berapa lama pembekuan itu akan dilanjutkan akan ditentukan oleh pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.