PUTRAJAYA: Isu mengenai pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama serta kendala sebagai pimpinan negara telah dibincangkan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
Perkara itu disentuh pada pertemuan antara Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Umum Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia Dr Adian Husaini yang diadakan malam tadi.
"Hubungan awal terbina semasa bapa saya menjadi aktivis dakwah ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan hubungan keluarga dakwah ini diteruskan hingga kini.
"Semoga hubungan antara kedua-dua negara terus erat dan memberikan manfaat yang besar kepada ummah," kata Fadhlina dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.
Fadhlina yang merupakan anak kepada bekas Presiden ABIM Allahyarham Dr Siddiq Fadzil berkata pertemuan itu juga adalah manifestasi hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia dalam konteks ilmu, kepimpinan dan dakwah.
Beliau berkata manifestasi hubungan baik itu juga dalam konteks peranan tokoh agama dan ahli politik Indonesia Mohammad Natsir yang telah mengungkapkan 'politik di jalur dakwah' sebagai asas memimpin Indonesia suatu masa dahulu.
Sebelum pertemuan berakhir, Fadhlina berkata Adian telah menghadiahkan dua buku yang ditulisnya iaitu Indonesia Maju 2045 dan Bersama Dewan Da'wah Indonesia Mewujudkan Indonesia Adil-Makmur 2045.
"Terima kasih buat Adian dan rombongan, moga bertemu di lain masa, selamat berangkat pulang ke Indonesia," kata Fadhlina.
Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia yang diasaskan oleh Mohammad Natsir pada 26 Feb 1967 merupakan sebuah organisasi dakwah terkemuka di Indonesia.
Mohammad Natsir merupakan Perdana Menteri kelima Indonesia bermula 5 Sept 1950 hingga 26 April 1951 sebelum jawatan itu dimansuhkan di republik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Fadhlina menerima kunjungan Dr Adian yang diadakan malam tadi.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina
Yayasan Didik Negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab membantu pelajar yang terkesan akibat banjir.
Banjir: 470 institusi pendidikan dioperasi sebagai PPS - Fadhlina
Sebanyak 470 institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.