Isu kerjasama dan penggabungan dengan UMNO dijangka menjadi antara usul yang akan dibahaskan pada Muktamar Pas kali ke-64 yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu minggu depan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata terpulang kepada perwakilan untuk membawa sebarang usul kerana tiada sekatan atau arahan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan.
“Kita tak tahu, cuma kita jangka antara isu kerjasama dengan UMNO atau PH, tiada arahan (mengenainya).
“Terserah pada perwakilan apa nak dibangkitkan. Kerjasama taawun dah diputuskan dalam Majlis Syura, cuma tak sebut dengan UMNO. Boleh taawun dengan mana-mana pihak untuk kepentingan Islam.
“Perkara ini kebetulan berlaku di Seri Setia dan Balakong. Kita ada dua istilah - taawun dan tahlul,” ujar Mohd Amar.
Isu penggabungan dan kerjasama antara Pas dengan UMNO menjadi perbualan dalam klangan pemerhati politik bahkan senario kerjasama yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Kecil Seri Setia dan Balakong menunjukkan keserasian antara dua parti berkenaan.
Mohd Amar bagaimanapun menjelaskan, tiada usul hangat pada muktamar kali ini kerana isu kerjasama antara Pas dengan UMNO itu hanya melibatkan kerjasama taawun atau bertolongan untuk perkara kebaikan pada pilihan raya kecil berkenaan.
Muktamar berkenaan juga dijangka turut dihadiri oleh UMNO yang mengesahkan untuk hadir dengan diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan 10 wakil daripada biro politik.
Muhafandi Muhamad
Mon Sep 10 2018
Isu penggabungan dan kerjasama antara Pas dengan UMNO menjadi perbualan dalam klangan pemerhati politik. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.
[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan
Pengisytiharan itu dibuat Mohd Amar mengikut Perkara 31 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menerusi satu sidang media di pejabatnya hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.
Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.
45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.