Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena yang dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini kerana kes berkenaan ada kaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga kementerian lain.
"Kalau itu isu di peringkat Kastam dan kalau ada kaitan dengan anggota kita yang terlibat, saya tidak pernah melindungi mana-mana mereka yang meletakkan diri mereka melebihi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ketereh di Kadok di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata ketika siasatan belum selesai, jangan ada pihak membuat tuduhan yang melulu seolah-olah memutuskan mereka yang tidak berdosa dikatakan sudah bersalah.
"Dalam konteks keselamatan ini bahaya, dengan moral anggota tentera yang sekarang ini diminta menjaga kesalamatan kita semua, dalam keadaan di Selatan Mindanao cukup membimbangkan.
"Kalau diserang bertubi-tubi dengan isu-isu yang belum selesai siasatan, saya nak pertahankan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kerana mereka mempunyai tugas yang lebih besar untuk memastikan keselamatan, keamanan, ketenteraman dan kedudukan negara kita dalam rantau di mana Daesh telah bertapak iaitu di Marawi, Filipina," kata Hishammuddin.
Beliau mengingat semua pihak supaya tidak menjejaskan urusan penting dan moral anggota ATM.
Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.
Ia memetik sumber sebagai berkata barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabkan ia ditahan.
Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
HISHAMMUDDIN: Itu isu di peringkat Kastam dan kalau ada kaitan dengan anggota kita yang terlibat, saya tidak pernah melindungi mana-mana mereka yang meletakkan diri mereka melebihi undang-undang.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Isu radar: Tunggu hingga siasatan selesai - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini kerana kes berkenaan ada kaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga kementerian lain.