KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima butiran daripada Kementerian Kewangan berhubung dana pakej rangsangan ekonomi dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2020 dan 2021 berkait pengurusan COVID-19.

Menurut satu kenyataan media SPRM pada Jumaat, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion.

Daripada jumlah itu, RM437.5 bilion merupakan dana bukan daripada kerajaan. 

"SPRM telah menerima daripada Kementerian Kewangan mengenai butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang telah dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan COVID-19.

"Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan," jelas kenyataan itu.

Justeru, fokus siasatan SPRM kini terarah kepada dana kerajaan RM92.5 bilion terbabit.

Kementerian Kewangan jelas kenyataan itu sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkan kepada SPRM minggu hadapan.