SHAH ALAM: "Saya nak ingatkan Menteri Besar Selangor, dia dah memerintah berapa lama? Masih nak salahkan Barisan Nasional (BN) lagi?
"Dah tiga penggal sejak 2008, tak kanlah nak tengok salah BN lagi. Cukup-cukuplah nak salahkan orang lain".
Itu respons Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkenaan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyalahkan parti tersebut berkenaan isu selenggara Stadium Shah Alam.
Noh turut memetik teks ucapan Belanjawan Selangor 2022 yang mana kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM14.9 juta bagi pembangunan generasi muda dan sukan.
Namun katanya, peruntukan tersebut tidak menyebut secara khusus untuk membaiki stadium di Selangor.
"Kemudian dia (Amirudin) ada sebut tentang sukan, dia kata kerajaan negeri akan menambah peruntukan bagi Projek Membaik Pulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan daripada RM2.196 juta pada tahun 2021 kepada RM4 juta pada tahun 2022.
"Bertambahlah, terima kasih kerana beri (penambahan peruntukan), tapi sekali lagi peruntukan itu tidak ada kena mengena dengan stadium.
"Jadi kesimpulan yang saya nak katakan, Menteri Besar (MB) kata saya tidak tahu apa, itu bermakna MB tidak tahu apa dia cakap," katanya ketika sidang media Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) di Uptown Shah Alam, di sini pada Rabu.
Pada Selasa, Amirudin menafikan kerajaan Selangor tidak membuat kerja-kerja penyelenggaraan Stadium Shah Alam secara berterusan.
Menurutnya, masalah kerosakan dialami sudah berlarutan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, kerosakan dialami Stadium Shah Alam memerlukan perbelanjaan tinggi dan ia bukanlah perkara baharu sebaliknya perlu ditangani secara menyeluruh termasuk cadangan merobohkan stadium berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 14 2022
NOH OMAR: Saya nak ingatkan Menteri Besar Selangor, dia dah memerintah berapa lama? Masih nak salahkan Barisan Nasional (BN) lagi?
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.