KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengenal pasti isu teknikal dialami pesawatnya sebagai punca berlaku kelewatan serta pembatalan penerbangan.
Syarikat penerbangan itu berkata, pasukan kejuruteraannya sedang gigih berusaha menyelesaikan isu terbabit dan operasi dijangka pulih sepenuhnya dalam beberapa hari akan datang.
"Penerbangan terbabit akan diumumkan di laman sesawang kami di bawah (tajuk) 'Status Penerbangan,' media sosial dan disampaikan terus kepada penumpang berkenaan menerusi e-mel atau pesanan teks," katanya dalam kenyataan hari ini.
MYAirline berkata, kelewatan ketibaan pesawat baharu yang boleh menyelesaikan isu terbabit selain berperanan sebagai pesawat ganti, juga adalah antara sebab berlakunya masalah terbabit.
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi mempercepat penghantaran pesawat baharu. Ini kerana kami mempunyai dasar dari segi penyediaan pesawat ganti bagi mencapai standard OTP sejak mula beroperasi.
"MYAirline memohon maaf kepada semua penumpang kami di atas kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran semua," katanya.
Penumpang yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi ejen sembang secara langsung penerbangan itu menerusi www.myairline.my atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
MYAirline berkata, kelewatan ketibaan pesawat baharu yang boleh menyelesaikan isu terbabit selain berperanan sebagai pesawat ganti, juga adalah antara sebab berlakunya masalah terbabit. - Foto DagangNews
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.
Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.
Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.
MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.
MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.
Kemelut MYAirline: PERKESO laksana lima intervensi, 357 permohonan faedah SIP diproses
PERKESO sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).
KSM minta pekerja MYAirline fail tuntutan baki gaji segera
Pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat berkenaan sejak 12 Oktober lepas diminta memfailkan tuntutan baki gaji mereka segera.
MYAirline sedang berunding dengan dua pelabur berpotensi
MYAirline Sdn Bhd hari ini berkata bahawa ia telah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dua daripadanya berada dalam peringkat rundingan lanjutan.