Timbalan, Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat perlu bijak mengawal keadaan pada saat isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tegang dengan beberapa persoalan yang ditimbulkan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pihak berkenaan perlu bertemu Najib dan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Mahathir bagi mencari jalan menangani perkara ini.
"Anggota MT kena mengawal dan memaastikan agar segala kritikan Dr Mahathir tidak sampai kepada peringkat memecahbelahkan anggota parti dan rakyat. Mereka tidak boleh mengambil sikap berdiam diri yang akhirnya akan memudaratkan parti.
"Saya berpendapat, Timbalan dan Naib Presiden UMNO kena berjumpa Najib dan mereka semua kena berjumpa Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai apa sahaja isu yang dibangkitkan itu. Pemimpin-pemimpin kanan UMNO ini kena mencari jalan mendamaikan kedua-dua pemimpin ini.
"Bagi saya sebelum ini pun UMNO yang disandang bekas-bekas Perdana Menteri pernah dilanda krisis tetapi ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan kritikan Dr Mahathir terhadap Najib tentu ada jalan dan kaedah terbaik bagi menanganinya." katanya dalam catatan terbaharu di blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Kata Syed Ali, Timbalan dan Naib-Naib Presiden UMNO perlu bersama Najib dan bersemuka dengan Dr Mahathir bagi menjawab segala isu yang diketengahkan.
"Ia penting agar tidak dipolemikkan pihak cuba menangguk di air yang keruh," katanya.
Jelas Syed Ali, sebagai Ketua UMNO Bahagian Cheras, beliau amat menghormati dan menganggap Dr Mahathir sebagai bapanya sendiri selain berpendapat Dr Mahathir mempunyai alasan tersendiri melakukan kritikan terbuka seumpama itu.
Pada masa yang sama Syed Ali yakin dan percaya Najib akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan Melayu dan semua kaum di negara ini.
"Bagi sesiapa yang pernah mendengar ucapan Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO dapat mendengar sendiri perakuan ikhlas beliau untuk mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan rakyat negara ini.
"Saya nampak Najib ikhlas dalam segala tindak tanduknya. Bagi saya tiada mana-mana pemimpin di dunia akan berkongsi pandangan dan misi perjuangannya dengan orang lain. Bagi saya Najib sentiasa berpanjangan jauh dalam memastikan nasib orang Melayu terbela sampai bila-bila," katanya.
Tegasnya, tiada apa yang lebih bermakna selain mengekalkan kewibawaan UMNO sebagai satu-satunya parti yang dulu, kini dan selama-lamanya mempunyai kekuatan memperjuangkan kepentingan rakyat semua kaum di negara ini.
Justeru ujar Syed Ali, rekod kejayaan UMNO sebagai sebuah parti tunggal yang berjaya memperjuangkan kepentingan rakyat semua kaum sejak ditubuhkan pada 1946 kena dipertahankan oleh semua pihak termasuk pendukung dan bekas-bekas pemimpin yang pernah menyandang jawatan dalam parti ini.
"Sebagai orang parti saya menunjukkan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO serta Perdana Menteri. Pada masa yang sama saya menghormati Dr Mahathir yang sudah banyak berjasa dan berbakti kepada kepentingan rakyat dan negara ini.
"Kerana itu, saya mahu semua anggota parti agar mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Pada waktu yang sama semua anggota parti perlu menghormati Dr Mahathir yang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri," katanya.
Dalam pada itu kata Syed Ali, sedikit sebanyak kritikan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir terhadap kepimpinan Najib diakui akan terkena tempiasnya oleh UMNO.
"Ini adalah kerana Dr Mahathir masih anggota UMNO dan kritikan yang dilemparkan itu terhadap Presiden UMNO.
"Saya rasa terpanggil untuk mengulas isu ini memandangkan semua pihak termasuk yang tiada kena mengena dengan UMNO mula mengulas kritikan Dr Mahathir terhadap kepimpinan Najib. Saya melihat dalam laman sosial misalnya sudah menjadi ‘pesta’ kecam mengecam kedua-kedua penyokong terbabit jika tidak dibendung boleh membawa perpecahan kepada rakyat.
"Pada ketika yang sama, saya melihat rakyat akar umbi yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini sudah mula membuat pelbagai persepsi. Ini membawalah kepada tindakan sesetengah pihak sama ada menyokong Dr Mahathir dan Najib membuat ulasan atau komen-komen dalam media sosial sama ada menyokong atau sebaliknya," katanya.
Syed Ali turut mengakui komen-komen yang dilemparkan kepada Najib dan Dr Mahathir akhir-akhir ini dilihat sudah sampai peringkat menghina dan menyentuh peribadi kedua-dua pemimpin terbabit.
"Tidak kurang yang memberikan komen negatif terhadap Dr Mahathir yang tidak sepatutnya dilakukan kepada bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara.
"Saya juga tidak setuju komen-komen negatif dilemparkan terhadap Najib yang sudah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara sebagai Perdana Menteri.
"Seharusnya kita semua menyokong dan memberikan peluang kepada beliau melaksanakan segala program transformasinya demi faedah rakyat dan negara," ujarnya.
Syed Ali turut menasihati semua pihak menghentikan sikap jawab menjawab dengan Dr Mahathir memandangkan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh.
"Ada baiknya semua pihak memberikan tumpuan kepada kemenangan BN di dua kerusi Parlimen ini di samping menggiatkan segala daya usaha mendaftar pengundi baru.
"Sejujurnya, saya agak sedih dengan komen-komen biadap yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada Najib dan Dr Mahathir dalam laman sosial berkenaan kritikan ini.
"Cari jalan dan kaedah penyelesaian. Dr Mahathir bertanya kita kena jawab tetapi tidak semestinya kita kena jawab secara terbuka. Ada cara dan pendekatannya," ujarnya.
Katanya, jalan penyelesaian perlu dicari dengan mempertemukan Najib dan Dr Mahathir dalam perbincangan yang lebih berhemah demi masa depan Melayu dan rakyat.
"Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan sehingga boleh menjejaskan segala persiapan kita dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14). Kalau dibiarkan kelak boleh memusnahkan masa depan UMNO," katanya.
Astro Awani
Wed Apr 08 2015
SYED ALI: Isu Tun M dan Najib: Timbalan, Naib Presiden dan MT UMNO perlu kawal keadaan - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pejuang fokus kerjasama NGO hadapi PRU15 - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.
Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM - Tun M
"Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sekadar umum cukup majoriti, Kerajaan tidak akan tumbang - Naib Presiden Pas
Pas masih sangsi dengan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan.
Rohingya perlu dilayan sebagai rakyat atau diberi wilayah sendiri - Dr Mahathir
Etnik Rohingya seharusnya dilayan sebagai rakyat Myanmar atau diberikan wilayah sendiri untuk membentuk negeri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kepentingan negara kecil dipertahankan dalam ASEAN - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata 'Harimau Asia' masih ada walaupun sesetengah mungkin telah berhibernasi untuk sementara waktu.
Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah
Keputusan untuk bekerja dari rumah itu adalah atas nasihat doktor yang menyarankan Azmin berehat daripada bertugas kerana kecederaan pada tulang belakang beliau.
BR1M, Dasar Gaji Minimum bantu capai objektif ekonomi negara - Abdul Rahman
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
PPBM wajar henti BR1M jika Pakatan Harapan memerintah - Lokman Adam
Mahathir perlu sedar bahawa ada 7.2 juta rakyat Malaysia yang amat mengharapkan BR1M untuk menampung kos sara hidup.
PM Najib tempelak pembangkang tuduh kerajaan jual kedaulatan negara kepada China
Beliau berkata tindakan pembangkang itu dilihat cuba untuk menafikan kejayaan yang diraih oleh kerajaan hasil lawatan tersebut sehingga mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion.
DAP tentukan PM jika Pakatan Harapan menang PRU - Lokman Adam
DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.