PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang dikatakan mengugut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kenyataan Rafizi tersebut merupakan tindakan melulu yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Setakat semalam (Khamis) tidak ada dimaklumkan kepada saya mengenai laporan polis tersebut," katanya.

Sebelum ini, Rafizi dalam Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru dilapor berkata, PH akan 'mencari' Azam sekira pakatan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

”Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi.

“Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya-ALLAH,” kata Rafizi. -- Sinar Harian