KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyanggah kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran yang melabelkan beliau sebagai 'pelacur politik'.
Mohamed Nazri menegaskan, dalam politik, mereka yang tewas beberapa kali di satu-satu kawasan dan berusaha untuk bertanding di kawasan baharu yang lebih selamat itu sebenarnya 'pelacur politik'.
Katanya, beliau telah enam penggal menang di Padang Rengas dan tidak pernah cuba untuk mencari tempat baharu yang lebih selesa dan selamat.
“Saya ada dengar orang yang sudah kerap kali kalah di Kota Raja sekarang sedang berusaha mahu bertanding di Sungai Siput (Perak).
“Orang macam inilah sebenarnya 'pelacur politik', sudah ditolak pengundi tetapi masih tidak sedar diri.
“Jenis yang kalah beberapa kali di satu-satu tempat dan mengintai peluang tempat lain bukan setakat 'pelacur' tetapi juga pengecut kerana lari dari kawasan.
“Pada saya, kenyataan yang dibuat oleh Vigneswaran itu bukan lagi menampakkan MIC seperti pengemis tetapi menunjukkan dia seorang Presiden yang tidak ada otak.
“Lebih baik hanya jadi Ketua Bahagian di Padang Rengas dan menang enam penggal PIlihan Raya Umum (PRU) berbanding jadi Presiden sebuah parti tetapi kalah dua tiga kali dan sedang 'melacur' untuk dapatkan tempat lain,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri mengakui bahawa beliau sebelum ini melawan keputusan parti tetapi menegaskan tindakannya itu telah terbukti menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Tegas beliau, dengan tindakannya melawan keputusan parti itu, Perdana Menteri yang ada hari ini datangnya dari UMNO dan BN, bukan parti lain.
“Dengan tindakan saya itu juga, Setiausaha Agung UMNO yang memberikan surat tunjuk sebab kepada saya, sekarang ini beliau dan presidennya turut menyokong Perdana Menteri sedia ada.
“Ini buktinya apa yang saya lakukan menguntungkan parti bukan merugikan dan melemahkan parti menjadi seperti pengemis.
“Presiden MIC itu perlu sedar bahawa 16 orang Ahli Parlimen yang ingkar arahan parti itu termasuk Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini merupakan Perdana Menteri.
Nazri turut menyoal sama ada Vigneswaran turut menyifatkan Perdana Menteri sama seperti apa yang dilabel kepada dirinya.
Dalam pada itu, tambah Mohamed Nazri berkata Presiden MIC itu sepatutnya memberi penjelasan kepada masyarakat India tentang Mitra yang hingga kini masih tidak ada jawapan jelas.
Katanya, jika Presiden MIC gagal memberi penjelasan tentang Mitra, masyarakat India tidak akan memberi sokongan kepada MIC dan BN.
“Mitra adalah usaha kerajaan untuk membantu masyatakat India tetapi hingga hari ini isu tersebut tidak dapat dijawab oleh MIC.
“Isu ini yang menyebabkan masyarakat India hilang keyakinan terhadap MIC dan BN hingga sanggup menyokong parti lain seperti Pakatan Harapan,” ujar beliau.
Selain itu, Mohamed Nazri turut mengingatkan peruntukan kerajaan yang diberikan kepada MIC untuk menyediakan kursus kepada masyarakat India selepas penularan pandemik COVID-19.
“Isu ini juga sedang diperkatakan oleh masyarakat India dan khabarnya sudah dalam siasatan kerana duit sudah habis tetapi satu apa kursus pun tidak dijalankan.
“Sudahlah isu Mitra sampai sekarang tidak boleh nak beri penjelasan, isu ini pula yang perlu dijawab,” katanya.
Menyanggah hujah Vigneswaran tentang kemenangan MIC dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, Mohamed Nazri menyifatkan presiden MIC itu berada dalam dunia khayalan.
Jelas beliau kemenangan yang diperolehi itu kerana sokongan orang Melayu terhadap UMNO bukan disebabkan kehebatan MIC.
“Mereka menang di kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu jadi menang lah sebeb orang Melayu kembali menyokong UMNO.
“Bila parti komponen BN bertanding, orang Melayu beri undi sebab anggap ini kawan UMNO.
“Kalau hebat sangat sepatutnya MIC minta kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi India, kalau menang baru boleh kata masyarakat India sudah kembali menyokong MIC,” katanya.
Pada Sabtu, Vigneswaran berkata partinya tidak risau dengan kenyataan Mohamed Nazri yang menyifatkan MIC sebagai pengemis yang menang dalam pilihan raya atas ihsan UMNO.
Malah beliau juga dipetik Malaysiakini sebagai berkata lebih baik menjadi pengemis daripada pelacur politik.
Irwan Muhammad Zain
Sun Aug 21 2022
Mohamed Nazri (kanan) sanggah kenyataan Vigneswaran yang melabelkan beliau sebagai 'pelacur politik'. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.