[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Jabatan Penerangan Johor sedia 10,000 bendera sempena kempen kibar Jalur Gemilang

Bernama 19/08/2015 | 14:19 MYT
Jabatan Penerangan Johor menyediakan sebanyak 10,000 bendera untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang - Foto Fail
Jabatan Penerangan Johor menyediakan sebanyak 10,000 bendera untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang bermula awal bulan ini hingga 31 Ogos.

Pengarahnya, Zainudin Ismail berkata pengagihan Jalur Gemilang itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Kita akan berhenti di setiap premis yang dikenal pasti bagi mengedarkan bendera tersebut.

"Kita juga menganjurkan pertandingan keceriaan merdeka di peringkat daerah dan negeri sejak 6 Ogos lepas agar orang ramai dapat menghayati bulan kemerdekaan," katanya selepas pelancaran konvoi itu, di sini Rabu.

Pertandingan itu dibahagikan kepada lapan kategori termasuk melibatkan premis individu, bangunan agensi kerajaan, swasta, kampung, sekolah, pintu gerbang dan media elektronik.

Pemenang setiap kategori di peringkat daerah akan mewakili Johor untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, katanya.
#Jabatan Penerangan Johor #Jalur Gemilang