KUALA LUMPUR: Penghujung tahun lepas, negara digemparkan dengan pembongkaran kartel daging import yang rupanya sudah pun berlaku sejak beberapa tahun lepas.

Pembongkaran itu menimbulkan keraguan dan persoalan dalam kalangan rakyat berhubung kualiti dan jaminan produk yang masuk ke Malaysia, adakah halal atau sebaliknya.

Menyedari hakikat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu tersebut sebenarnya telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

BACA: Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli

BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini

Menurutnya, Jakim selepas ini akan melaksanakan tiga mekanisme bagi meningkatkan piawaian kualiti dan jaminan keselamatan produk makanan halal di semua rantaian.

“Mekanismenya adalah Mensyaratkan produk berasaskan haiwan import yang disimpan di gudang, mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim logistik kategori penggudangan.

“Kedua, produk berasaskan haiwan yang diimport perlu menggunakan rangkaian pengangkutan mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim logistik kategori pengangkutan.

“Ketiga, mewujudkan prosedur mandatori pembungkusan semula (repacking) yang mewajibkan syarikat mendapatkan pensijilan halal Malaysia di bawah skim produk makanan.

BACA: Kes kartel daging: Jualan penternak tempatan melonjak

BACA: Kartel daging: Syarikat sejuk beku, pengarah dan pengurus didakwa guna logo halal palsu

BACA: Maqis rampas daging kerbau RM4.28 juta guna logo halal tidak diiktiraf

Menurut Ismail Sabri, inisiatif sebegitu penting bagi memastikan pengurusan kemasukan produk daging import halal dari luar negara ke Malaysia terjamin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata menjelang tahun 2024, ekonomi halal global dilaporkan meningkat kepada RM10 trilion.

Justeru, beliau menyeru semua agensi, kementerian berkaitan dan pemain industri berusaha meningkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Ia mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025. Pada tahun 2020 sahaja, industri halal telah menyumbang sejumlah RM9.7 bilion kepada KDNK negara.


JAKIM laksana tiga mekanisme

“Hal ini menunjukkan industri halal berpotensi menjana ekonomi negara kerana populasi penduduk Islam dunia ketika ini berjumlah 1.8 bilion dan jumlah ini akan terus meningkat sehingga 2.2 bilion pada tahun 2030.

“Berdasarkan kepada angka ini, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal mampu melonjak tinggi sehingga boleh mencecah AS$680 bilion setahun,” ujarnya.
-ENDS-