JAKIM menghantar 10 imam ke Kiev, Ukraine untuk membantu dari aspek pengurusan jenazah dan bimbingan berkaitan agama ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas semalam.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berkata perwakilan JAKIM itu diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat.
"Bagi tujuan mengadakan solat jenazah ghaib pula, kita akan memaklumkan kepada seluruh masyarakat sebaik urusan pengurusan jenazah dimandi dan dikafankan selesai," katanya.
Malam ini katanya, JAKIM turut menghantar pegawainya ke Hotel Marriot, Putrajaya bagi mengepalai solat tarawih, bacaan tahlil dan yasin serta bimbingan kerohanian khusus kepada keluarga mangsa yang ditempatkan di hotel tersebut.
Beliau juga meminta semua masjid dan surau di seluruh negara sama-sama mengadakan bacaan tahlil khusus kepada mangsa yang terlibat.
Selain itu, masjid-masjid utama di bawah seliaan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat hajat pada 10 malam terakhir Ramadan, khusus untuk mendoakan kemudahan, keselamatan, keamanan dan keampunan bagi negara.
MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.
Bernama
Fri Jul 18 2014
Beberapa pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membungkus set kain kafan untuk misi pesawat MH17 sebelum berlepas ke Kiev, Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masalah akhlak tertinggi
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia raih peluang di pasaran global - HDC
Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.