Jakim perluas skop akreditasi ISO/IEC 17065

Fauzi Suhaimi
Mac 4, 2021 04:09 MYT
Pengiktirafan mampu membantu industri khususnya dalam aspek pemasaran produk domestik yang mempunyai pensijilan halal Malaysia untuk pergi jauh merentas sempadan dan benua. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) berhasrat untuk memperluaskan skop akreditasi ISO/IEC 17065 (Penilaian Kesesuaian – Keperluan untuk badan yang mengesahkan produk, proses dan perkhidmatan) kepada skim-skim pensijilan halal yang lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usaha itu bagi membantu industri khususnya dalam aspek pemasaran produk domestik yang mempunyai pensijilan halal Malaysia untuk pergi jauh merentas sempadan dan benua.
Katanya, pengiktirafan itu dapat mengurangkan halangan perdagangan bagi tujuan kemasukan produk dari Malaysia ke negara lain.
"Standards Malaysia telah memberikan pengiktirafan akreditasi kepada Jakim berdasarkan kepada keupayaan sistem pensijilan yang dilaksanakan serta mempunyai kualiti dan kompetensi perkhidmatan yang baik dalam menjalankan fungsinya sebagai badan pensijilan.

Pada masa akan datang, skop akreditasi ini akan terus diperluaskan kepada skim-skim pensijilan halal yang lain.

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Akreditasi ini dilihat sebagai salah satu perkara yang amat penting untuk membantu industri di Malaysia khususnya dalam aspek pemasaran produk-produk domestik yang mempunyai pensijilan halal Malaysia untuk pergi jauh merentas sempadan dan benua.

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Untuk makluman, skop akreditasi ISO/IEC 17065 ini adalah bagi pensijilan produk makanan dan minuman, premis makanan seperti hotel dan restoran serta pensijilan bagi rumah sembelihan haiwan," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Zulkifli menambah, dengan pengiktirafan itu, ia jelas membuktikan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah setanding dengan pensijilan-pensijilan antarabangsa yang lain dan dapat diterima di peringkat global.
"Jakim memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan impian dalam memperoleh akreditasi ini menjadi realiti sepertimana yang telah dicapai pada hari ini.

Dengan pengiktirafan ini, jelas membuktikan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah setanding dengan pensijilan-pensijilan antarabangsa yang lain dan dapat diterima di peringkat global.

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia menjadi titik tolak ke arah memperkukuhkan lagi jenama Malaysia selaku peneraju badan pensijilan halal global serta menunjukkan usaha kerajaan dalam melindungi dan memelihara kebajikan pengguna Islam khususnya dan berusaha mengutamakan produk makanan dan perkhidmatan yang benar-benar dijamin halal dan berkualiti tinggi untuk semua pengguna umumnya.
"Saya amat bersyukur dan berbangga dengan kesungguhan dan usaha serta komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan indikator untuk menyediakan perkhidmatan serta produk yang halal itu sebagai satu ibadah diberi keutamaan sehingga dapat direalisasikan melalui pengiktirafan yang diterima ini," ujarnya.
#JAKIM #Bahagian Pengurusan Halal #skop akreditasi ISO IEC 17065 #Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Z #produk halal #Pensijilan halal Malaysia #Standard Malaysia