Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan penting dalam mencegah kegiatan ekstremis dan ajaran songsang selain mempertahan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kata bekas ketua pengarah jabatan itu Datuk Wan Muhammad Abd Aziz.
Beliau berkata sejak penubuhannya di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1997 dan mengambil alih kuasa dan tugas Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis), Jakim berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan hal ehwal Islam, pembangunan ummah serta perkara lain berkaitan Islam.
"Sebagai contoh, gerakan fahaman songsang, ekstremis dan lain-lain yang menyentuh agama Islam memerlukan tindakan pencegahan yang cekap dan efektif.
"Jakim dan agensinya mempunyai barisan kakitangan yang mempunyai kepakaran menangani isu-isu membabitkan Islam bagi memastikan tidak wujudnya gerakan atau kumpulan yang mahu menggunakan agama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas majlis Mahabbah Alumni Jakim 2015 di sini, Jumaat.
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dan Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Paimuzi Yahya.
Wan Muhammad berkata antara fungsi utama Jakim ialah membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menyelesaikan masalah-masalah umat Islam.
Sementara itu, Othman berkata penubuhan Mahabbah Alumni Jakim adalah untuk mengumpul semua bekas pegawai dan kakitangan Jakim termasuk mereka yang pernah berkhidmat dengan Baheis.
"Pengalaman dan kepakaran yang dimiliki anggota alumni Jakim ini dapat dimanfaatkan semula untuk membantu Jakim menyelesaikan isu-isu semasa membabitkan Islam," katanya.
Selain itu, katanya anggota alumni Jakim boleh membantu menjelaskan kepada masyarakat mengenai fungsi dan peranan yang dilaksanakan oleh jabatan itu.
Bernama
Fri Nov 20 2015
WAN MUHAMMAD: Gerakan fahaman songsang, ekstremis dan lain-lain yang menyentuh agama Islam memerlukan tindakan pencegahan yang cekap dan efektif. - Foto Islam.gov.my
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi
Muslim World League akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
MKI tubuh empat jawatankuasa bagi perkasa pengurusan hal ehwal Islam
Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam, Muzakarah, Perundangan Islam dan Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.
Jakim teliti guru KAFA guna pelajar sebagai kandungan TikTok
Sebarang aktiviti yang membabitkan pembelajaran dan pengajaran melibatkan guru dan murid harus memberi fokus kepada silibus sedia ada.
Adegan 'panas' drama 'Perempuan Itu': Pas sokong penuh tindakan JAKIM
Pas menyokong penuh penentangan keras JAKIM terhadap penyiaran video sedutan drama "Perempuan Itu" berbaur lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'
Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan 'panas' yang bercanggah dengan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.
Jakim kaji kemungkinan guru KAFA belum vaksin dikecuali pengajaran bersemuka
Guru-guru KAFA dinasihat ambil vaksin COVID-19 demi keselamatan semua pihak khususnya golongan murid.
Bantuan kepada rakyat Palestin dipergiat menerusi program Musa'adah 3.0 - Zulkifli
Pengagihan bantuan untuk rakyat Palestin di Malaysia dan yang berada di Palestin akan dipergiat di bawah program Musa'adah 3.0.
Jakim pandang serius iklan promosi judi, seru masyarakat tidak tularkan klip video
Jakim menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan klip iklan Hari Raya promosi judi yang tular di media sosial kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.
Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.
Jakim sedia pelan tindakan tangani isu daging seludup
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan pelan tindakan khusus untuk menangani isu daging seludup yang tidak berlogo dan diiktiraf.