KUALA LUMPUR: Tepat jam 10.53 pagi, kesemua pekerja dan peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman dibenarkan masuk semula ke kawasan itu selepas hampir tiga jam jalan itu ditutup.
Tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata pekerja kecewa dan mengeluh kerana tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan pagi tadi.
Ada juga di antara pekerja yang dilihat pulang selepas penat menunggu lama.
Menurut penjual barangan kulit Ros Rara Anuar, 47, dia keliru selepas tidak dibenarkan melalui jalan itu untuk ke tempat kerja.
“Saya sampai jam 8 pagi tadi, tapi tidak dibenarkan masuk. Jadi kami tunggulah tersadai dekat sini,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Syamsul Husain, 33, pekerja pramusaji di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur turut meluahkan rasa kecewa.
Dia terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer selepas pengangkutan awam tidak beroperasi sepertimana dimaklumkan pihak berkuasa semalam.
“Saya berjalan kaki dari Pasar Seni ke sini (Maju Junction).
“Kenapa tutup pengangkutan awam, sebab yang gunakan pengangkutan awam banyak pekerja swasta yang tiada kenderaan,” katanya lagi.
Penutupan jalan dan operasi pengangkutan awam itu dibuat susulan perhimpunan yang dijadual diadakan oleh pihak tertentu pagi ini bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki meletakkan jawatan.
Fareez Azman
Sat Jan 22 2022
Kelihatan pekerja dan peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman mula memasuki kawasan itu selepas hampir tiga jam ia ditutup. -Astro AWANI/Fareez Azman
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Baginda.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
SPRM terima 17 kenderaan berteknologi tinggi, mantapkan penugasan bawa OKT
SPRM menerima 17 kenderaan SPV dilengkapi sistem teknologi tinggi bagi memantapkan beberapa operasi penugasan termasuk membawa OKT.
Kes menantu Muhyiddin: Tuduhan tanpa kehadiran pilihan terakhir - Azam Baki
Tuduhan tanpa kehadiran menjadi pilihan terakhir SPRM untuk mendakwa menantu Muhyiddin, iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
Dakwaan ditawar habuan: Tiada pegawai SPRM hubungi Wan Saiful - Azam Baki
SPRM nafi terdapat pegawainya menghubungi Datuk Wan Saiful Wan Jan selepas pendedahan beliau mengenai tawaran habuan untuk menyokong Perdana Menteri.
SPRM nafi tuduh Muhyiddin terbabit kontrak Spanco
Tan Sri Azam Baki berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bersifat umum dan tidak pernah mengaitkan Muhyiddin dalam kes berkenaan.