JELEBU: Penduduk di Kampung Sungai Rotan, di sini terpaksa mengusung jenazah dengan menyeberangi sungai selepas jambatan yang menghubungkan tanah perkuburan runtuh akibat banjir baru-baru ini.
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sebelum ini, jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.
"Bagaimanapun, pada bulan Mei tahun lalu, jambatan yang pertama telah runtuh selepas sebuah lori yang melebihi muatan melewatinya dan permohonan untuk membina semula jambatan itu telah dikemukakan kepada kerajaan Negeri Sembilan.
"Saya mendapat maklumat bahawa sudah ada kontraktor yang dilantik untuk membina semula jambatan itu, namun begitu, sehingga ke saat ini tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan," katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.
Katanya, keadaan tidak terlalu mendesak ketika itu kerana terdapat satu lagi jambatan alternatif yang merentasi sungai untuk ke tanah perkuburan tersebut namun ia turut runtuh akibat bencana banjir tempoh hari.
"Saya amat berharap agar kerajaan negeri dapat menyegerakan pembinaan jambatan baharu supaya masalah serupa tidak dialami penduduk," katanya.
Jalaluddin berkata, pihaknya juga akan mengambil apa juga ikhtiar agar jambatan berkenaan segera dibina.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus membantu menyempurnakan urusan pengebumian arwah.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Idzurizad Idris berkata, lebih 50 penduduk kampung bergotong-royong menguruskan jenazah yang juga merupakan penduduk Kampung Sungai Rotan.
Katanya, paling sukar apabila memastikan keranda yang membawa jenazah ketika mengharungi sungai dengan paras air mencecah paha.
"Hampir 30 penduduk berada di dalam sungai bagi membolehkan keranda dibawa ke seberang dengan tali turut dipasang sebagai langkah keselamatan.
"Alhamdulilah, semua urusan yang dilakukan selepas solat Isyak itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama penduduk," katanya.
Idzurizad melahirkan rasa syukur kerana dapat menunaikan hajat isteri arwah yang mahu dikebumikan di kampung halamannya sendiri.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022
Penduduk redah sungai usung jenazah di Kampung Sungai Rotan, Jelebu. - Foto FB Jalaluddin Alias
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Jambatan runtuh, penduduk redah sungai usung jenazah
Jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.