James Jemut Masing positif COVID-19, kini dirawat di HUS

Shafik Ahmad
September 28, 2021 06:18 MYT
James Jemut Masing dimasukkan ke wad ICU Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19. - Gambar Astro AWANI
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Masing secara ringkas kepada Astro AWANI pada Selasa.
"Ya, saya disahkan positif COVID-19 hari ini. Saya mengalami gejala demam, selesema sebelum menjalani ujian RT-PCR dan disahkan positif," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Untuk rekod Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP ketika berada di kawasan umum dan memandang serius mengenai COVID-19.
“Tolong ikut SOP di mana saja anda berada, segara dapatkan vaksin," katanya.
Terbaharu, James Jemut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
#James Jemut Masing #COVID-19 #positif COVID-19 #Hospital Umum Sarawak