BAU: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park, Jalan Siniawan, di sini, jam 2.30 petang.

Jasad mendiang dibawa dari Persatuan Gereja Sarawak, Jalan Stampin pada jam 1 tengah hari setelah selesai majlis penghormatan akhir dilangsungkan di Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Jalan Stampin, Kuching.

Ketibaan pada jam 2 petang diiringi balu mendiang, Puan Sri Corrine Masing dan lima orang anaknya untuk upacara sembahyang sebelum dikebumikan.

Berpakaian hitam dan putih, upacara pengebumian mengikut istiadat keagamaan penganut beragama Kristian itu turut dihadiri barisan ahli kabinet kerajaan negeri, anggota keluarga dan rakan mendiang.

BACA: Abang Johari, isteri beri penghormatan akhir kepada mendiang Masing

James Jemut Masing selamat disemadikan jam 2.30 petang

Penyerahan bendera penghormatan Sarawak kepada balu dilakukan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak, Datuk John Sikie Tayai.

Beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut hadir bagi memantau dan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi sepanjang ucapacara pengebumian berlangsung.

BACA: James Jemut Masing meninggal dunia

Terdahulu, majlis penghormatan akhir telah dilakukan selama tiga hari bermula Isnin dan Selasa di kediaman mendiang di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching dan pada hari ketiga (Rabu) di Persatuan Gereja-gereja Sarawak, Jalan Stampin dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.


Pemergian Masing | Ketua Menteri Sarawak beri penghormatan terakhir