Pilihan raya awal tidak patut diadakan kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi.

Menurut bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, sentimen rakyat terhadap keperluan untuk mengadakan pilihan raya perlu diambil kira.

"Kemungkinan kita mengadakan pilihan raya awal akan melibatkan kos yang besar adalah tinggi, kerana semuanya dibuat dengan kadar segera, iaitu antara RM750 hingga RM800 juta.

"Jadi bagi saya, kos adalah faktor yang besar. Keduanya, kita ada pelbagai isu termasuk COVID-19, jadi saya tidak merasakan rakyat ingin berdepan satu lagi pilihan raya," katanya.

Beliau menyuarakan pendapat tersebut dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

BACA: Marah, kecewa, tidak peduli antara reaksi orang ramai dalam kemelut politik kini

BACA: Apakah kemelut politik semasa selesai dengan PRU15?



Selain itu, beliau turut berpesan kepada ahli politik dalam negara untuk segera ke meja rundingan bagi menyelesaikan kemelut politik ini.

"Kita tidak mahu ia berlanjutan kerana akhirnya ia merugikan rakyat dan negara," kata beliau.

BACA: #Malaysia2020: Apa itu Perdana Menteri Interim? Ini fakta yang anda perlu tahu

BACA: Blok pembangkang sepakat, Parlimen dibubarkan

BACA: Agong ada kuasa tangguh, bubar Parlimen - Peguam