Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama... itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.
"Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding UMNO," katanya.
Berucap semasa menutup Persidangan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sepang di sini, malam tadi Khairy berkata keadaan mungkin berubah jika parti yang akan ditubuhkan itu membawa agenda lebih besar kepada negara, bukannya semata-mata untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
Beliau berkata hasrat parti yang dikatakan bakal diterajui Muhyiddin itu, bertujuan menarik sokongan dari kalangan penyokong dan anggota UMNO bagi menjayakan agenda menjatuhkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda selaku benteng hadapan parti.
Selagi Presiden tidak membuat perkara yang salah, selagi memegang amanah dengan baik, tanggungjawab kita sebagai orang muda di dalam parti adalah untuk mempertahankan institusi presiden dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokratik, katanya.
Khairy sekali lagi menegaskan bahawa anggota dan Pemuda UMNO tidak perlu risau digelar 'macai', 'balaci' atau lain-lain gelaran negatif dalam peranan mempertahankan parti dan Presiden kerana ia merupakan tugas yang perlu dilalui selaku jentera parti.
"Kita perlu gandakan usaha pastikan Presiden tidak keseorangan, pastikan apa yang disebut oleh Presiden dibawa kepada masyarakat, cakaplah dan sebutkan ia di mana sahaja kerana itu memang peranan kita selaku tangan dan jentera kepada Presiden," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata anggota UMNO tidak boleh mempunyai sikap mudah mengalah terhadap persepsi negatif yang dicipta musuh sebaliknya perlu bangkit dan tangkas mempertahankan parti terutamanya dalam persekitaran politik yang mencabar ketika ini.
Beliau berkata UMNO tiada masalah dalam aspek khidmat masyarakat tetapi pertarungan melawan sentimen merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan lebih cemerlang oleh jentera penerangan, khususnya dalam menangani fitnah, cacian dan cemuhan di alam maya.
Bernama
Sat Aug 06 2016
Khairy Jamaluddin berkata ahli UMNO tidak boleh mempunyai sikap mudah mengalah terhadap persepsi negatif yang dicipta musuh sebaliknya perlu bangkit dan tangkas mempertahankan parti. - Gambar
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.