Pertubuhan yang belum berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diberi amaran keras agar tidak memulakan sebarang aktiviti jika tidak mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan bersikap terbuka dengan meluluskan 116,000 pendaftaran pelbagai persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, badan amal, parti politik dan lain-lain di negara ini.
Katanya, ini menunjukkan ketelusan kerajaan dalam memberi hak kepada rakyat untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program tanpa sekatan.
Namun, Zahid menegaskan bahawa ketelusan kerajaan itu bukan bermakna segala program dan aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya dan berselindung atas nama pertubuhan yang tidak berdaftar.
"Cukup terdapat banyak NGO sekarang yang pelbagai nama sebenarnya yang masih belum didaftarkan.
"Saya ingin memberitahu agar NGO berkenaan jangan bergerak, selagi belum mengemukakan pendaftaran pada RoS, dan jangan mencari publisiti murahan jika jawatankuasa penajanya tidak mengemukakan permohonan kepada RoS," katanya ketika majlis Pertubuhan Kebangsaan di Tasik Darulaman, Jitra hari ini.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana pihak bersuara dalam bentuk satu ikatan ataupun gabungan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 03 2015
AHMAD ZAHID: Pertubuhan yang belum berdaftar dengan (RoS) diberi amaran keras agar tidak memulakan sebarang aktiviti jika tidak mahu dikenakan tindakan. -Gambar fail
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
'Jangan buat aktiviti sewenang-wenangnya jika belum berdaftar' - Zahid
Pertubuhan yang belum berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diberi amaran keras agar tidak memulakan sebarang aktiviti jika tidak mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka.