JIKA dibincangkan isu rokok, pastinya ramai yang melontarkan pendapat negatif kerana asap rokok sememangnya diiktiraf sebagai beracun dan mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan memandangkan kandungan asapnya mengandungi 100 bahan toksik penyebab kanser dengan sekitar 80 daripadanya adalah karsinogen iaitu agen penyebab kanser.

Pendapat ini selari dengan langkah kerajaan untuk melarang penggunaan sebarang produk tembakau dan seumpama  dengannya untuk bayi yang lahir selepas 2005, iaitu mereka yang  berusia 17 tahun pada tahun 2022.

Namun dengan pengenalan peraturan baharu ini adakah akan menyelesaikan isu perokok kedua atau 'secondhand smokers"? 

Kerana ini bermakna 17 tahun lagi barulah benar-benar kita akan bebas dari asap rokok. 

Apakah alternatif yang diberi kepada perokok sedia ada, kerana masalah ketagihan adalah sesuatu yang amat sukar diatasi, bukan setakat ketagihan nikotin tetapi pelbagai isu ketagihan termasuk arak, judi dan seks.

Ini satu langkah pragmatik sebagaimana yang disifatkan oleh Naib Presiden Komunikasi Global Philip Morris International (PMI), Tomasso Di Giovanni kerana ia selari dengan usaha syarikat itu untuk mengurangkan asap rokok.

Mungkin pengeluar rokok juga mula rasa bersalah dengan apa yang mereka jual di pasaran dan tidak lagi mahu dilabel sebagai pedagang yang membunuh manusia demi keuntungan sekali gus mendorong mereka untuk memperkenalkan inisiatif pengurangan kemudaratan tembakau atau THR.

THR adalah produk tembakau yang dipanaskan dan membebaskan wap dengan jumlah kimia yang lebih rendah berbanding tembakau yang dibakar.

Kajian juga menunjukkan rokok alternatif mampu menjimatkan RM1.3 billion perbelanjaan kerajaan bagi merawat penyakit berkaitan merokok menjelang 2025 berbanding ramalan RM7.5 bilion yang terpaksa dibelanjakan dalam tempoh yang sama.

Ketika pelbagai teknologi diperkenalkan sebagai alternatif kepada rawatan konvensional untuk menyelesaikan masalah ketagihan termasuk nikotin, ramai antara pakar kita yang mengetepikannya seperti tiada lagi harapan untuk menyelamatkan generasi perokok sedia ada.

Mereka ini seperti dipinggirkan walaupun ramai yang membuat keputusan untuk beralih kepada produk alternatif bagi membantu merawat ketagihan pada diri sendiri.

Hasil Tinjauan Povaddo

Tinjauan terbaharu oleh firma peyelidikan bebas Povaddo untuk PMI melibatkan 44,622 orang dewasa di 22 negara termasuk Malaysia mendapati 90 peratus responden berpendapat kerajaan perlu mengambil kira semua sudut pandang dan tidak hanya mengambil idea sebelah pihak yang ekstrem bagi membuat polisi yang melibatkan kepentingan sebahagian besar populasi.

‘’Sembilan daripada 10 individu dewasa seluruh dunia berpendapatan, penyelesaian terbaik untuk sebarang cabaran kritikal global boleh dicapai melalui jalan tengah dan bukan kerencaman pendapat yang ekstrem,’’ kata PMI.

Tinjauan itu juga mendapati 88 peratus responden memberitahu mereka lebih cenderung untuk memilih pemimpin yang mendengar pandangan semua pihak dan mengamalkan pendekatan yang lebih praktikal ke arah kehidupan rakyat yang lebih baik.

• 88 peratus berkata mereka lebih cenderung mengundi pemimpin yang mendengar pandangan semua pihak dalam sesuatu isu dan menggunakan pendekatan wajar untuk menambah baik kehidupan rakyat biasa.

Sementara itu, dalam kalangan pengguna nikotin pula, majoriti berpendapat suara mereka tidak diendahkan sejak sekian lama dan memerlukan pendekatan baharu yang lebih baik bagi memastikan perolehan pandangan yang lebih seimbang.
• 77 peratus pengguna nikotin merasakan suara mereka sudah terlalu lama tidak diendahkan dan pendekatan baharu diperlukan untuk mengimbangi suara pengguna nikotin dan mereka yang tidak menggunakan produk berkenaan. 
• 74 peratus pengguna nikotin merasakan pandangan mereka perlu diambil kira oleh penggubal undang-undang apabila membuat keputusan dan peraturan berkaitan nikotin.

Hasil tinjauan yang dilakukan secara dalam talian dari 5 hingga 23 Februari 2022 itu juga mendapati tidak sampai satu pertiga idividu dewasa merasakan pandangan mereka diguna pakai oleh kerajaan masing-masing ketika menyelesaikan sebarang isu kritikal.

Menurut PMI lagi, indvidu juga sedia untuk berkompromi bagi memastikan kemajuan berlaku dengan pantas. Sebagai contoh, lebih daripada tiga perempat responden percaya, pemimpin perlu mengamalkan perubahan dasar yang boleh membawa kemajuan kepada masyarakat berbanding mempertahankan perubahan menyeluruh yang sukar dilaksanakan.     

Responden juga sependapat syarikat dan perniagaan mampu membantu bagi memimpin masyarakat ke hadapan:
• 85 peratus responden percaya sinergi antara masyarakat dan korporat akan memberi impak yang lebih berkesan.
• 77 peratus menyambut baik penyertaan korporat dalam menangani isu besar.

Secara spesifik bagi Malaysia, responden percaya perbezaan pandangan menjadi punca kepada percambahan maklumat tidak tepat dan dalam sesetengah kes ia bertujuan untuk mempengaruhi padangan masyarakat.

‘’Keputusan dari survey ini menunjukkan masayarkaat sangat memandang berat bahawa sebarang keputusan yang dibuat perlu berasakan sains dan fakta serta betapa pentingnya untuk mereka mempunyai akses maklumat mengenai alternatif bebas asap,’’ kata PMI.

Responden juga setuju bahawa kerajaan perlu menimbang produk alternatif sebagai salah satu langkah untuk memastikan negara mereka bebas asap rokok.

• 72 peratus responden bersetuju bahawa kerajaan mereka perlu mempertimbang bagaimana produk alternatif dapat memainkan peranan bagi memastikan negara mereka bebas asap rokok.

Negara-negara yang terlibat dalam kajian kali ini ialah Argentina, Brazil, Bulgaria, Colombia, Costa Rica, Republik Czech, Republik Dominica, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, Filipina, Portugal, Serbia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ia melibatkan 2,000 responden dari setiap negara dengan anggaran 1,000 adalah pengguna produk mengandungi nikotin sementara 1,000 lagi bukan pengguna produk berkenaan.

Kajian juga menunjukkan nikotin jadi punca ketagihan sementara asap rokok yang jadi pembunuhnya.
Justeru kewujudan produk alternatif seperti tembakau dipanaskan, e-rokok dan vape tidak boleh dianggap musuh sebaliknya dengan peratutan dan undang-undang ia mungkin mampu membantu Malaysia untuk menjadi negara bebas asap rokok.

Sumber: Inclusion and compromise needed to address society's biggest issues | Phillip Morris International (pmi.com)