Rakyat perlu menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelak daripada terperangkap dengan agenda menjatuhkan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika rakyat tertipu dengan dakyah-dakyah berkenaan, masa depan negara bakal terjejas apabila membuat keputusan yang silap semasa PRU itu nanti.
"Dalam persekitaran politik yang sentiasa dinamik, ia terbuka dan terdedah kepada perubahan dan mungkin orang akan buat keputusan berdasarkan kepada maklumat yang salah dan tidak tepat yang mana keputusan yang dibuat itu boleh memberi kesan yang cukup besar dan kadangkala buruk pada kerajaan.
"Kita lihat perkara ini tidak hanya berlaku di negara kita malah negara maju, contohnya semasa United Kingdom mengambil keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah.
"Keputusan itu dibuat berdasarkan kempen Brexit yang disogokkan dengan maklumat yang tidak tepat dan akhirnya ia silap dan sejarah United Kingdom berubah sama sekali... kini tidak boleh kembali kepada apa yang telah mereka lalui sebelum ini," katanya.
Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak mesyuarat cawangan dan ketiga-tiga sayap UMNO cawangan dalam Bahagian Pekan, di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Abu Bakar Harun, Ketua Pemuda bahagian, Datuk Shahruddin Ahmad dan Ketua Puteri bahagian, Malia Irdawatie Khairuddin.
Beliau berkata semasa PRU13, pembangkang juga banyak menyebarkan berita yang tidak benar untuk tujuan menakut-nakutkan pengundi supaya membenci kerajaan termasuk isu pembinaan kilang Lynas dan kehadiran 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh.
"Kita lihat kebanyakan berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih kerana ada juga yang dibuat untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.
"Contohnya isu kilang Lynas di Kuantan, sebelum PRU13 ia begitu hangat diperkatakan sehingga pembangkang kata kalau ada kilang ini seolah-olah negara kita kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana tahap radiasi yang tinggi," katanya.
"Sekarang sudah lima tahun berlalu, senyap sepi...pembangkang tidak lagi bangkit isu ini sebabnya PRU sudah berakhir," katanya.
Hakikat sebenar, katanya, mengikut laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sendiri mengesahkan tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di bandar Kuantan.
Justeru, beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah buruk tentang kerajaan yang semakin banyak disebarkan oleh pembangkang sejak akhir-akhir ini semata-mata untuk kepentingan agenda politik mereka.
"Jangan terpengaruh dengan tuntutan kononnya jika UMNO dan Barisan Nasional kalah, keadaan akan menjadi lebih baik, sedangkan pembangkang hari ini sendiri tidak sekata dalam banyak perkara.
"Mereka buat simbol dan menifesto yang hampir sama tetapi bagaimana boleh berjaya jika asas perjuangan pun tidak selaras, saya tidak percaya ia boleh dilakukan dan ini mungkin hanya lakonan peringkat awal bertujuan menjatuhkan BN dan UMNO.
"Dalam agama Islam juga kita diingatkan supaya selidik berita terutama yang disampaikan oleh orang fasik supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka kepada orang lain ,"katanya.
Sementara itu, presiden UMNO itu meminta anggota dan pemimpin UMNO terus berpegang kepada konsep wala' ataupun kesetiaan kepada pemimpin demi keutuhan dan perpaduan parti untuk menghadapi PRU14 akan datang.
"Kita mesti memahami bahawa sebagai sebuah parti politik, kita ada hubungan antara pemimpin dan anggota. Dalam persidangan UMNO tahun lepas saya telah menghuraikan dengan panjang lebar konsep ketaatan kepada pemimpin atau wala'.
"Kalau kita ada hubungan kesetiaan dan ketaatan, parti kita akan jadi kuat, sebaliknya kalau selalu pertikai apa sahaja keputusan oleh parti apatah lagi keputusan yang tidak memihak kepada kita, ia akan menyebabkan kita mencari jalan pertikai keputusan itu, ataupun lebih buruk menjadi gunting dalam lipatan.
"Sehubungan itu kita berharap apabila tiba masanya PRU nanti jangan ada anggota parti yang khianat kerana parti inilah harapan kita...kalau kita tergugur maka sukar bagi kita mengembalikan kekuatan parti.
"Kembalilah kepada prinsip wala' ia atau ketaaatan kerana amat besar pengertian kepada kita semua," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 19 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) menyampaikan peruntukan kepada Ketua UMNO Cawangan Kampung Temai Tengah, Ahmad Ali, 90, ketika menghadiri Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO 2017 Bahagian Pekan hari ini. - Foto Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.