Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengingatkan anggota Parlimen supaya tidak 'menghentam' atau mengkritiknya di dalam, mahupun di luar Parlimen.
Beliau berkata tindakan itu boleh merendahkan pandangan dan kepercayaan rakyat terhadap kedudukan jawatan berkenaan.
Pandikar Amin berkata sebagai seorang Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau tidak mempunyai sebarang agenda politik, sebaliknya bertanggungjawab untuk menjaga integriti Parlimen sebagai dewan yang mulia.
"(Anggota) pembangkang dan kerajaan masing-masing mempunyai agenda politik tetapi saya tidak ada agenda politik kerana kedudukan saya adalah jelas sebagai seorang Speaker. Kalau saya juga diheret sama dengan semua agenda politik ini, apa akan jadi kepada Parlimen?
"Kalau wakil rakyat faham dengan tugas masing-masing, mereka tidak bangkitkan isu yang semata-mata agenda politik, mereka akan bertugas sebagai ahli Parlimen dan soal politik mereka tinggal di pintu masuk dewan sahaja,"katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Parlimen Iran di kediaman rasminya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa anggota Parlimen yang mengkritik dan mempertikai keputusan Speaker menolak sesuatu usul di Dewan Rakyat.
Sementara itu, ditanya mengenai kunjungan hormat delegasi Parlimen Iran yang diketuai anggota Parlimennya Mohammad Mehdi Zahedi, beliau berkata ia dalam usaha meningkatkan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Bernama
Tue Mar 17 2015
PANDIKAR AMIN: Seorang Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau tidak mempunyai sebarang agenda politik, sebaliknya bertanggungjawab untuk menjaga integriti Parlimen sebagai dewan yang mulia. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.
Teladani perwatakan pemimpin terdahulu, pastikan perpaduan kekal utuh - Pandikar
Sikap pemimpin terdahulu membuktikan perpaduan rakyat di tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak mampu disemai dengan baik.
Budaya jatuh-menjatuh punca Sabah masih mundur - Pandikar
Kata Pandikar Hajiji sepatutnya terus diberi ruang mentadbir negeri itu sehingga tamat penggal berdasarkan kredibilitinya selain perwatakannya yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat.
Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat - Ongkili
Ia penting kerana, tanpa MA63, tiada rujukan dan asas untuk membincangkan isu yang akan dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak.
BIMP-EAGA: Strategi pertumbuhan sedang dirangka bantu lonjak prestasi Sabah - Pandikar Amin
Usaha memperkasa tindakan-tindakan itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam memastikan rakyat Sabah terus menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.
PRN Sabah: USNO janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000
Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000.
Manifesto USNO: TPM dari Sabah, Sarawak jika menang PRN ke-16
USNO akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat.
Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara
Usbo menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.
Sertai PKR: Pandikar Amin Mulia terus berteka-teki
Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih berteka-teki dengan statusnya yang dikhabarkan bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).