ALOR SETAR: Umat Islam dinasihatkan agar tidak melafazkan cerai kepada pasangan mereka menerusi laman sosial bagi mengelakkan keraguan dari segi hukum.
Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, pasangan terlibat yang ingin bercerai seelok-eloknya melakukannya secara bersemuka di mahkamah syariah.
"Mereka perlu hadir bersama di sana (mahkamah syariah), sebab apa dilakukan suami berhubung masalah rumah tangga dan melafazkan cerai akan direkodkan.
"Apabila kedua-duanya ini hadir (ke mahkamah syariah), maka tidak ada sebarang keraguan dari segi hukum," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Zahir, di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai soal jatuh talak ataupun tidak apabila lafaz talak dilakukan melalui laman sosial, Fadzil berkata, ia perlu dilihat daripada beberapa sudut terlebih dahulu.
Katanya, isteri perlu memastikan bahawa individu yang melafazkan cerai melalui platform berkenaan adalah suaminya bukan individu lain.
"Sekiranya ia dilafazkan oleh suami dan isteri benar-benar mengenali itu adalah suaminya daripada wajah, suara, bukti-bukti lain serta tidak ada sebarang keraguan, maka lafaz itu adalah berlaku dan terjatuhlah (talak) mengikut apa yang dilafazkan.
"Jikalau didapati suara sahaja ataupun unsur menimbulkan keraguan di mana yang melafazkan itu walaupun nampak dari segi rupa paras dan suara suami dikenali isteri, namun ada unsur-unsur mungkin berlaku suntingan, maka lafaz itu tidak berlaku atau berjalan (sah).
"Sekiranya, suara saja kita kena putuskan, maka ia merupakan perkara yang masih perlu diteliti sebab soal berkaitan dengan nikah cerai ini dipandang serius agama Islam," katanya.
Beliau menegaskan, Islam sangat menitikberatkan dalam isu ini, yang mana tidak mudah untuk mengatakan atau menghukumkan bahawa sesuatu lafaz ini akan berlaku perceraian atau terjatuh talak tanpa melihat dari semua sudut.
"Ia bagi tujuan meyakinkan bahawa yang melafazkan itu benar-benar suami, dikenali oleh isteri dan lebih-lebih lagi kalau disokong oleh penyaksian oleh keluarga," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 15 2022
FADZIL: Ia bagi tujuan meyakinkan bahawa yang melafazkan itu benar-benar suami, dikenali oleh isteri dan lebih-lebih lagi kalau disokong oleh penyaksian oleh keluarga. -Foto Sinar Harian
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Wanita dua suami: Mahkamah terima sumpah nafi suami pertama lafaz cerai
Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah menerima sumpah penafian suami pertama bahawa tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya.
Mahkamah tetapkan 8 Okt tarikh sumpah laknat terhadap wanita dua suami
Mahkamah menetapkan sumpah itu dilakukan selepas mendapati keterangan dikemukakan Wan Nor Shakirin tidak kukuh.
Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.
Prosiding pengesahan cerai: "Doakan... semoga kita berpisah" - Puteri Sarah
Puteri Sarah ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof, berharap kes itu selesai hari ini.
"Hari ini saya macam mengantuk" - Hafidz Roshdi hadir ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai
Pelakon Hafidz Roshdi Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi prosiding pengesahan lafaz cerai kira kira pukul 9.45 pagi Selasa.
Jangan lafaz cerai melalui laman sosial - Mufti Kedah
Fadzil berkata pasangan terlibat yang ingin bercerai seelok-eloknya melakukanya secara bersemuka di mahkamah syariah.
[KOLUMNIS] 'Aku bebaskan kamu, kita berpisah' - Lafaz cerai ketika PKP, apa seterusnya?
Persoalannya, sekiranya terjadi lafaz cerai daripada suami dalam tempoh PKP ini, apakah tindakan yang patut dilakukan? Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.
'Saya dah berusaha, menitik juga air mata' - Sharnaaz Ahmad
Kalau saya berkahwin untuk bercerai, saya tak akan kahwin, itu penjelasan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila didakwa sengaja melengahkan urusan penceraiannya dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor.
Suami enggan cerai, Lufya Omar terkejut
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar terkejut selepas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.